“Next Impian Aku Nak Mati Di Bumi Madinah” – PU Abu

Pencetus Ummah (PU) Abu baru-baru ini menunaikan umrah di Mekah dan menerusi Instagram, dia sempat berkongsikan fotonya dan meluahkan rasa syukur kerana dapat mengerjakan umrah.

BACA : “Tak Cukup Untuk Menumbangkan Aku…” – Tangan Luka & Handphone Hilang, PU Abu Diserang Samseng?

Dia juga mendakwa seperti tidak putus-putus dikurniakan rezeki dariNya, walaupun tidak mempunyai jumlah wang yang besar, namun dia bersyukur kerana berkesempatan diberikan rezeki menunaikan umrah beberapa kali.

“Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki buat aku untuk kerjakan umrah beberapa kali meskipun tak kaya dan kalau ikut pada kemampuan memang tak mampu namun Allah rezekikan juga.

“Kita harus faham satu benda rezeki itu tak mengenal kekayaan,pekerjaan,keturunan dan apa pun i tak kenal kerana kalau dah ditentukan oleh Allah maka takde siapa mampu halang.

“Kalau teringin sangat nak pergi Umrah,hari2 jgn putus doa sebab orang yang berkehendak dengan kehendak yg sungguh2 pasti Allah tunjuk jalan,” – tulis PU Abu di Instagram.

Bukan itu saja, apa yang menarik perhatian netzien, Abu turut menyimpan impian untuk menghembuskan nafas terakhir di bumi Madinah.

“Aku dah pun menjejakkan kaki ke sini,next impian aku adalah nak mati di bumi madinah.

“Jadi aku tak boleh putus doa untuk Allah tarik nyawa aku di bumi madinah.Tolong doakan juga ye. Moga Allah pilih korang juga untuk jadi tetamu dia,” – Abu.

Selain itu, Abu juga minta followers di Instagram turut berdoa agar impinanya termakbul.

Gambar PU Abu dan isterinya, Hana Azraa 

 

Add a Comment

Your email address will not be published.