Odion Ighalo Akui Dulu Tidak Mampu Miliki Jersi Bercetak Nama Bintang Man Utd

Penyerang Manchester United Odion Ighalo mengakui jersi Man United yang dipakainya ketika zaman kanak-kanak tidak mempunyai nama pemain kerana tidak mampu dari segi kewangan untuk berbuat demikian.

Ighalo adalah seorang penyokong setia Man United sejak kanak-kanak, merealisasikan perpindahan ke Old Trafford pada Januari lalu.

Sehingga kini, pemain antarabangsa Nigeria itu telah menghasilkan empat gol dari lapan penampilan sebelum bola sepak Inggeris digantung akibat penularan wabak coronavirus.

Bercakap kepada Inside Unitd, Ighalo mengenang kembali zaman kanak-kanak beliau sebagai seorang penyokong Man United, dan bagaimana mereka di Nigeria mengikuti perkembangan Red Devils pada ketika itu.

“Saya memiliki jersi Man United tetapi tidak ada nama pemain dicetak di bahagian belakang,” kata Ighalo.

“Ia [jersi] berwarna biru dan tiada nama di belakang kerana anda harus membayar lebih untuk nama. Saya tidak mempunyai wang untuk membayar kos cetakan. Jadi saya beli sahaja jersinya sahaja.

“Saya sangat ingat jersi warna biru itu. Saya masih amat muda pada waktu itu.”

Jersi tersebut digunakan oleh skuad United pada musim 2005/06. Antara pemain yang bersama United pada ketika itu dan sinonim dengan jersi tersebut adalah seperti Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney dan Rio Ferdinand.

“Pertama kaki saya ke Old Trafford ialah pada 2013 untuk lawatan dan berjalan-jalan sambil mengambil beberapa gambar. Pertama kali saya beraksi di situ ialah pada 2016 bersama Watford.

“Manchester United adalah kelab yang besar. Apabila saya melihat [Old Trafford], saya amat kagum. Saya berada di luar stadium dan mengambil beberapa gambar.

“Kemudian saya beraksi di sana bersama Watford menentang United, dan saya amat gembira pada ketika itu. Ketika keluar dari terowong pemain, saya hanya berdiri dan melihat ke sekitarnya dengan penuh kekaguman.

“Inilah stadium yang sentiasa dilihat ketika di kampung halaman, ketika usia saya masih muda dan kini saya beraksi bersama Watford menentang Man United. Ia rasa hebat sekali.

“Kini saya bermain untuk United? Ia adalah detik yang paling gembira buat saya.”

 

Source link
Odion Ighalo Akui Dulu Tidak Mampu Miliki Jersi Bercetak Nama Bintang Man Utd

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *