Oppo Reno 3 Pro Dengan Dwi-Kamera Hadapan Bakal Dilancarkan Pada 2 Mac 2020


Oppo telah memperkenalkan beberapa variasi peranti dibawah keluarga Reno sebelum ini. Terbaru, mereka turut telah hadir dengan video acah, memperlihatkan telefon pintar Oppo Reno3 Pro dengan dwi-kamera hadapan bakal dilancarkan pada 2 Mac 2020 kelak.

Oppo Reno3 Pro ini menggunakan dwi-kamera dengan sensor 44-megapixel. Penggunaan dwi-kamera sekaligus memudahkan penghasilan kesan bokeh ketika merakamkan gambar swafoto atau rakaman Story.

Disamping itu, Oppo Reno3 Pro juga dilihat menggunakan empat kamera pada bahagian belakang.

Spesifikasi penuh untuknya tidak diketahui lagi, dan dijangka diumumkan secara rasminya pada 2 Mac 2020 ini.



Oppo Reno 3 Pro Dengan Dwi-Kamera Hadapan Bakal Dilancarkan Pada 2 Mac 2020

Add a Comment

Your email address will not be published.