Oppo Reno2 Menerima Kemaskini Harga Jualan – Kini RM1999


Oppo Reno2 telah dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada Oktober 2019 yang lepas. Ia hadir dengan beberapa ciri-ciri menarik, dan dijual pada harga RM2299 ketika pelancaran rasminya ketika itu. Kini, selang beberapa bulan, pihak Oppo telah mengumumkan kemaskini harga jualan peranti berkenaan, dan kini ia membawakan tanda harga RM1999 di Malaysia.

Oppo Reno2 hadir dengan sejumlah ciri-ciri menarik, termasuk empat kamera belakang dengan sensor utama 48-megapixel, sokongan zum hibrid sehingga 5x, dan pengecasan pantas VOOC 3.0.

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi skrin 6.5-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 730G, memori 8GB RAM dan storan 256GB. Melengkapkan ia juga adalah bateri 4000mAh.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM1999 melalui pengedar rasmi Oppo seluruh negara.



Oppo Reno2 Menerima Kemaskini Harga Jualan – Kini RM1999

Add a Comment

Your email address will not be published.