Panduan Dapat Duit Online – DuitNow


Dapat duit secara Online. Ya. Anda tak salah baca. Dapat duit atas talian.  Dengan DuitNow, pakai nombor telefon, nombor IC (MyKad), atau nombor passport duit boleh terbang ke akaun bank.

Tet.. tet.. duit masuk.  Dah 2020 ni, walaupun tak ada kereta terbang, jangan risau. Duit terbang ada. Tap handphone, kelip mata, duit masuk. Pergh. Power. IR 4.0 sungguh.

“DuitNow ni….. ni mende? Mok cik ni dop tech savvy tapi nak baca dan share post KRT FB pandai la. nak transfer pitih dop reti molek”

Panduan Dapat Duit Online - DuitNow
Tengok, pakcik santa pun dah pandai pakai online banking! Anda?

Pernah tak anda nak transfer duit.. GF nak top up, anak dekat uni complaint duit dah kering, isteri nak beli sales di Shopee. Sayang punya pasal kan… layankan aje lah. Tapi…

Lupa pula nombor akaun. Adoi, parok. Lupa sokmo. Tak apa, jangan risau. Tenang. Tenang is good, kan? LMAO.

LebihInfo nak cerita tentang Panduan Dapat Duit Online – DuitNow.

DuitNow

DuitNow ni dibangunkan oleh PayNet.

Ya, badan korporat yang sama membangunkan perkhidmatan dan rangka kerja seperti JomPAY, MyDebit, FPX, dan GIRO, sistem yang mengendalikan hampir semua perbankan digital dan pembayaran di Malaysia ni.

Bagaimana DuitNow Berfungsi?

Idea di sebalik DuitNow adalah untuk mempermudahkan proses pemindahan bank dalam talian.

Kalau ikut cara perbankan elektronik biasa, anda kena ingat nombor akaun bank penerima serta nama bank.

Leceh kan?

Dalam dunia ni banyak lagi kita kena fikir dan ingat. Kalau anda ada memori kuat tak apa juga. Ini tarikh lahir isteri pun lupa. Tapi dengan DuitNow, anda tak payah hafal nombor akaun yang berjela tu. Pakai IC boleh, nombor phone pun boleh.

Tapi dengan DuitNow ni anda boleh tranfer atau buat pindahan wang menggunakan nombor telefon atau IC je.

Senang kan, nak buka plastik gula-gula lagi payah.

Selamat Ke DuitNow?

DuitNow dibangunkan oleh PayNet. Bank Negara Malaysia sebagai pemegang saham utama dan 11 bank utama di Malaysia juga sebagai pemegang saham.

Cuba kita fikir… kalau tak selamat… macam mana BNM boleh jadi pemegang saham utama? Selamat ke selamat?

Mestilah selamat!

Untuk Penerimaan Sahaja

Ramai yang risau mereka akan tersilap dan melakukan pemindahan tanpa sengaja.

Yelah, bak kata orang,

“To err is human…” Melakukan kesilapan itu lumrah manusia.

Tapi anda rileks. dan jangan risau.

Hal ini kerana pemindahan wang ke DuitNow ini hanya satu hala sahaja – dan boleh dilakukan menggunakan perbankan atas-talian atau aplikasi mudah-alih.

Pengguna hanya boleh menerima pembayaran sahaja menggunakan nombor telefon atau nombor kad pengenalan.

Untuk Pembayaran?

Nak transfer duit boleh guna DuitNow.

Tapi kalau nak buat pembayaran, anda tak boleh melakukan pembayaran menggunakan nombor telefon, sebaliknya perlu melakukan ia melalui akaun bank anda seperti biasa.

DuitNow mempunyai ciri perlindungan di mana jika pengguna log masuk lebih daripada tiga nombor telefon berturut-turut tanpa membuat pemindahan dana ke mana-mana nombor tersebut,  mereka akan disekat untuk 24 jam akan datang.

Panduan Menggunakan DuitNow

Jadi apa Panduan dapat duit Online dengan DuitNow ni?

Apabila DuitNow akan muncul di bawah laman web perbankan atau aplikasi perbankan dalam talian “Pemindahan Dana” atau “Kirim Wang”.

Prosesnya sangat mudah. Meh kami ajar langkah demi langkah.

Jadi macam mana nak guna DuitNow?

Ok, untuk tujuan tutorial ni kami gunakan aplikasi Maybank2u. Aplikasi lain caranya hampir sama.

Langkah 1: Pilih “DuitNow” di menu “Transfer”. Tekan “New Transfer”

Panduan Dapat Duit Online - DuitNow

Langkah 2: Tap “Mobile Number” pada pilihan ID Type

Panduan Dapat Duit Online - DuitNow

Langkah 3: Masukkan nombor penerima yang anda nak pindahkan wang. Kalau anda nak pindahkah duit kepada Isteri anda yang bernama Rosie, masukkan no Rosie.

Panduan Dapat Duit Online - DuitNow

Langkah 4: Pastikan maklumat penerima betul dan masukkan jumlah wang

Panduan Dapat Duit Online - DuitNow

Langkah 5: Sahkan maklumat pindahan

Panduan Dapat Duit Online - DuitNow

Langkah 6: Selesai, ha ye selesai. Senang & kejap je kan? Iklan TV3 lagi lama!

Panduan Dapat Duit Online - DuitNow

Caj Perkhidmatan

Tiada caj perkhidmatan nak guna DuitNow ni. Tapi untuk menghantar dan menerima wang sehingga RM5,000, dan untuk pemindahan melebihi jumlah ini, bayaran 50 sen akan dikenakan. Murah, kan?

Dan kalau anda nak transfer untuk lain kali pun boleh.

Anda ada penerima kegemaran? Maklumlah, anak kan tiap-tiap bulan minta duit. Isteri pun.

Minggu ni, sales Shopee. Minggu depan, Lazada pula. Minggu lagi satu, Carousell.

Pergh kopak poket. Petak kepala.

Tapi jangan risau, dengan DuitNow anda boleh buat proses pembayaran masa depan lebih cepat.

Kesimpulan Panduan Dapat Duit Online

Sekarang anda dah tahu Panduan Dapat Duit Online. Tak perlu pening lagi.

Artikel yang kami sertakan dalam entri bolehlah digunakan sebagai panduan. DuitNow memudahkan anda untuk dapat duit online atau atas talian tanpa perlu lagi ingat 14 digit no akaun bank lagi. Jimat masa, jimat tenaga. Efisien!

Lebih Info mengucapkan selamat maju jaya.

 



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.