Panic Attack!! Ini 10 Fakta Penting Serangan Panik Yang Mungkin Anda Alami Tanpa Sedar Betul


Serangan panik atau lebih dikenali sebagai panic attack adalah ketakutan yang melampau secara tiba-tiba. Rasa sesak nafas secara tiba-tiba, berpeluh atau perasaan bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku merupakan tanda-tanda anda mengalami masalah serangan panik ini.Serangan panik ini berlaku dalam masa beberapa minit sahaja. Namun ia mungkin berlanjutan sehingga kira-kira 30 minit dan mungkin lebih lama mengikut keadaan dan situasi . Ketakutan yang dialami mungkin akan mengalami sesak nafas atau membuatkan anda hilang kawalan.Kredit Foto: haber7Menerusi laman twitter milik @zaidrostam yang berkongsi mengenai 10 fakta serangan panik yang mungkin anda alami. 1. Serangan berlaku secara tiba-tiba tanpa ada penyebab atau penyebab itu terlalu ‘trivial’.2. Serangan memuncak dalam tempoh sekelip mata (+-1 minit) dan hilang juga dalam tempoh sekejapan (tak lebih 20 minit).3. Perlu ada sekurangnya 4 dari 12 simptom baru dikatakan ada serangan panik. Simptom: rasa pening nak pitam, mata berpinar/kabur, nafas tak lancar/laju, berdebar, rasa tercekik, rasa nak mati, dada sesak, seram sejuk, menggeletar, rasa lembut kaki tangan, perut rasa tak selesa.4. Serangan panik yang kerap diikuti kerisauan melampau mengenainya dalam tempoh sekurangnya sebulan akan didiagnosa penyakit panic disorder.5. Boleh ada agoraphobia: fobia terhadap situasi di mana penghidap takut dirinya akan terperangkap: kenduri, pergi masjid, shopping mall.6. Boleh menjadi salah satu penyakit sampingan kepada depression, anxiety disorder, Posttraumatic stress disorder ataun gangguan tekanan posttraumatik (PTSD) etc.7. Simptom panik boleh menyerupai penyakit perubatan lain seperti masalah ritma jantung, masalah thyroid, penggunaan bahan terlarang etc. So kena check tahap kesihatan keseluruhan.8. Keadaan penyakit yang teruk boleh menyebabkan hilang kefungsian dalam situasi sosial, pekerjaan dan personaliti diri.9. Amalkan teknik relaksasi seperti relaxation breathing, progressive muscle relaxation, teknik ibadah dan meditasi sebagai langkah awal merawat.10. Jumpa doktor anda untuk mengesahkan simptom dan mendapatkan rawatan yang tepat.Kredit : DrRostam

Add a Comment

Your email address will not be published.