Papan Iklan Google Pixel 4a Tertiris Mendedahkan Rekaan Dan Tanda Harga


Kewujudan Google Pixel 4a bukan lagi misteri selepas gambar dan video pandang pertama peranti kelas pertengahan ini telah tertiris beberapa hari yang lalu. Kini papan iklan rasminya pula tertiris lengkap dengan harga jualan menerusi akaun @evleaks.

Papan iklan ini mengesahkan rekaan peranti yang tertiris sebelum ini. Ia mempunyai bonjol kamera berbentuk empat segi pada bahagian belakang dan lubang kamera swafoto pada bahagian hadapan. Secara tradisinya peranti kelas pertengahan Pixel akan dilancarkan di acara Google I/O pada bulan Mei tetapi ia telahpun dibatalkan tahun ini kerana koronavirus. Di Amerika Syarikat peranti ini akan dijual pada harga bermula $399 (~RM1910) sebuah. Secara



Papan Iklan Google Pixel 4a Tertiris Mendedahkan Rekaan Dan Tanda Harga

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *