Pelakon Kanak-Kanak Kongsi Kisah Cinta Dikecam Netizen, Bapa Enggan Campur Urusan Peribadi Anak

Pelakon kanak-kanak Duerra Mitilda berkongsi di Instagram mengenai hubungan cintanya dengan pelakon Hezriq Shah yang mendapat restu kedua keluarga mengundang kecaman netizen.

BACA : Gara-gara Cinta Terhalang, Selfie Sebelum Bunuh Diri

Menurut netizen, Mitilda yang baru saja berusia 10 tahun dan Hezriq, 13 tahun, masih terlalu muda dan belum sesuai untuk menjalinkan hubungan cinta.

Namun, bapa Mitilda yang dikenali sebagai Amir enggan memanjangkan isu tersebut memandangkan ia melibatkan hal peribadi anaknya.

“Saya dan isteri yang menjaga dan menguruskan Mitilda. Jadi, saya rasa isu ini tidak perlu la nak dipanjangkan.

“Pada saya, biarlah netizen nak buat andaian atau spekulasi mengenai perkara itu. Kalau mereka melihat secara baik, maka baik la begitu dan sebaliknya.

“Ini hal peribadi anak saya dan urusan keluarga saya. Saya harap semua boleh doa yang baik-baik sahaja,” jelas Amir kepada mStar.

Mitilda dan Hezriq dilihat sangat terbuka berkongsi foto dan kisah cinta mereka di laman Instagram yang dikendali ibu bapa masing-masing.

Dalam pada itu, Amir memberitahu dia dan isterinya mendidik kanak-kanak itu untuk tidak merahsiakan sesuatu perkara daripada mereka. Oh, patutlah mereka tidak berahsia pasal percintaan mereka.

Malah, Amir menjelaskan mereka membentuk kepercayaan dan kejujuran supaya mereka tidak memberontak dan membuat perkara yang tidak betul di belakang mereka.

The post Pelakon Kanak-Kanak Kongsi Kisah Cinta Dikecam Netizen, Bapa Enggan Campur Urusan Peribadi Anak appeared first on TEHPANAS.

Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.