Pemain Ping Pong Berusia 11 Tahun Dari Syria Ini Bakal Jadi Atlet Termuda Di Sukan Olimpik Tokyo 2020

Pemain ping-pong berusia 11 tahun dari Syria bakal menjadi atlet termuda yang akan bertanding di Sukan Olimpik Tokyo pada tahun ini.

Hend Zaza melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo selepas muncul juara pusingan kelayakan Olimpk Asia Barat.

Pusingan kelayakan Olimpik tersebut berlangsung di Jordan pada minggu lalu.

Zaza dilahirkan pada 2009 dan berada di ranking ke-115 ITTF dunia dan mengesahkan kelayakan selepas menewaskan pemain berusia 42 tahun, Mariana Sahakia dari Lebabon.

Ali Alkhadrawi dari Arab Saudi pula muncul pemenang kategori lelaku dan turut menempah pass untuk bertanding di Tokyo.

Zaza akan menjadi atley kelima paling muda dalam sejarah Sukan Olimpk, dan paling muda sejak peluncur Romania, Beatrice Hustin pada 1968.

Belum pernah ada atlet lelaki mahu pun wanita pernah bertanding di acara ping-pong, yang tidak meletakkan syarat usia minimum.

Acara ping pong perseorangan wanita di Tokyo dijadualkan berlangsung pada 25 Julai dan final pula akan berlangsung pada 30 Julai.

 

Source link
Pemain Ping Pong Berusia 11 Tahun Dari Syria Ini Bakal Jadi Atlet Termuda Di Sukan Olimpik Tokyo 2020

Add a Comment

Your email address will not be published.