Penganalisa Meramalkan 100 Juta Peranti Skrin Boleh-Lipat Dijual Menjelang 2025


Era peranti skrin boleh-lipat bermula tahun lalu dengan Galaxy Fold, Mate X, Flexpai dan Razr 2019. Tahun ini semakin banyak pengeluar akan melancarkan peranti skrin boleh-lipat mereka sendiri kerana peningkatan minat di pasaran. Menurut fir penganalisa Strategy Analytics, sebanyak 100 juta peranti skrin boleh-lipat akan dijual menjelang 2025.

Mereka turut meramalkan Apple akan turut menghasilkan peranti dengan rekaan ini dalam masa terdekat sekaligus meningkatkan jualan. Apple telahpun memfailkan paten untuk peranti skrin boleh-lipat mereka sebelum ini. Sementara itu Huawei sudah bersedia untuk melancarkan Mate X generasi kedua.

Pada waktu ini harga jualan peranti boleh dilipat masih lagi terlalu tinggi bagi kebanyakan pengguna. Tetapi dengan teknologi yang semakin matang kami percaya rekaan ini akan menjadi standard menggantikan rekaan chocolate bar yang popular pada waktu ini.



Penganalisa Meramalkan 100 Juta Peranti Skrin Boleh-Lipat Dijual Menjelang 2025

Add a Comment

Your email address will not be published.