Penguna App Twitter, Peningkatan Jumlah Pengguna Aktif Sepanjang COVID-19

Sepanjang wabak pandemik COVID-19 ini, banyak perniagaan dan perkhidmatan fizikal terjejas di seluruh dunia. Kisah ini agak terbalik untuk syarikat-syarikat digital yang menampakkan jumlah perniagaan yang semakin meningkat, khususnya Zoom, Google dan juga Microsoft.

Twitter ialah satu lagi syarikat yang memperlihatkan peningkatan pengguna secara mendadak sepanjang pandemik ini, dimana mereka melaporkan menerima seramai 166 juta pengguna sehari. Apabila dibandingkan, Twitter mempunyai 134 juta pengguna sehari pada awal tahun 2019, yang meningkat kepada 152 juta pada suku yang lepas.

Walaupun begitu, Twitter juga mengatakan bahawa peningkatan dari segi pengguna ini tidaklah begitu menguntungkan kerana hasil pendapatan utama mereka melalui pengiklanan telah menurun juga akibat wabak ini.

Sebagai satu cara untuk meningkatkan keuntungan Twitter dilaporkan sedang membangunkan platform pengiklanan baru mesra pengguna yang memastikan data mereka kekal selamat dibawah inisiatif Trust and Safety.

Adakah anda juga lebih kerap menggunakan Twitter sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini?

 

Sumber dari engadjet

Add a Comment

Your email address will not be published.