Penjaga Gol Man Utd, Sergio Romero Terselamat Dari Nahas Jalan Raya

Penjaga gol antarabangsa Argentina, Sergio Romero terselamat daripada kemalangan jalan raya yang dialaminya tanpa sebarang kecederaan.

Keadaan pemain itu disahkan sendiri oleh Manchester United dalam satu kenyataan.

Gambar sebuah Lamborghini yang kelihatan rosak teruk kerana menghentam pembahagi jalan telah menjadi tular di media sosial.

Nahas tersebut disahkan telah berlaku di A6144 Carrington Spur Road, pada pagi Isnin.

Pihak Greater Manchester Police mengesahkan sebuah Lamborghini telah terlibat dalam nahas tersebut pada 10:00 GMT, dan berkata nafas tersebut tidak membabitkan sebarang kecederaan kepada mana-mana pihak.

Penjaga gol berusia 32 tahun itu berada di bangku pemain simpanan ketika Manchester United tewas kepada Liverpool pada Ahad lalu.

Kemalangan tersebut berlaku berhampiran dengan pusat latihan Manchester United.

Pemain dari Argentina ini telah tampil dalam 53 perlawanan untuk Manchester United dan sememangnya dianggap sebagai penjaga gol kedua di dalam pasukan.

Sejak tiba dari Sampdoria pada 2015, Romero kebiasaannya beraksi di dalam pertandingan perebutan trofi..

 

Source link
Penjaga Gol Man Utd, Sergio Romero Terselamat Dari Nahas Jalan Raya

Add a Comment

Your email address will not be published.