Penjenayah Internet: Pedofil Reddit Carl Herold


Internet merupakan jaringan maklumat yang sangat pantas. Namun, tahukah anda, walaupun Internet adalah sebuah jaringan luas abad ke-21, ianya juga penuh dengan Penjenayah internet yang liar, menyeramkan dan menakutkan?

Artikel kali ini, LebihInfo akan mendedahkan satu kisah pemangsa atau ‘predator’ di Internet yang pernah bermaharajalela di sebuah laman sosial Reddit.

Penjenayah Internet: Pedofil Reddit Carl Herold

Reddit merupakan salah satu laman media sosial paling terkenal di internet. Anda boleh menemui apa saja di sana.

Nak gambar yang comel dan cute? Di sana ada beribu gambar yang comel. Nak belajar bahasa baru? Disana ada pelbagai subreddit khas untuk pelbagai bahasa yang anda ingin pelajari. Nak belajar main saham pun ada.

Macam-macam ada, resepi, politik antarabangsa, pornografi.. you name it. Semuanya dihujung jari.

Tapi…. Awas.

Pemangsa Internet: Pedofil Reddit Carl Herold

 

Anda akan berjumpa dengan pengguna dengan pelbagai motif dan tujuan di sana, yang baik dan ikhlas, atau mungkin sebaliknya.

Yang bertopengkan akaun palsu Anonymous dengan pelbagai watak atau…..

mungkin juga watak yang nampak baik di atas lain tapi berbeza di dalam realiti dunia sebenar.

Carl Philip Herold

Pada November 2013, seorang pengguna Reddit dengan nama pengguna u/carlh akan mengegarkan laman sosial itu dengan sisi gelap hidupnya.

Itulah yang terjadi di sebuah subreddit di laman sosial yang popular itu.

Sisi Gelap Carl Herold

Carl Philip Herold merupakan seorang pengaturcara (programmer) dari Amerika Syarikat. Berbekalkan bakat dan ilmu beliau dalam pengaturcaraan atau programming, Carl seumpama Internet Guru yang sering menjadi rujukan pengikut beliau di laman sosial Reddit.

Carl mempunyai satu subreddit khas r/carlhprogramming, yang diwujudkan untuk mengajar ilmu pengatucaraan di Reddit. Ia bertujuan untuk mengajar pengaturcaraan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kesabaran untuk duduk dan belajar melalui video dan tutorial beliau.

Selain itu, saluran atau channel YouTubenya mempunyai hampir 20,000 pengikut, dan hampir 4 juta tontonan (views).

Carl juga aktif dengan berinteraksi dengan pengikutnya melalui video call melalui skype dan live-streaming untuk menjawab apa sahaja soalan mereka berkaitan programming.

Oleh itu, beliau terkenal dengan watak seorang Internet Guru yang aktif, mesra dan baik. Semuanya tampak seperti Carl seorang yang baik, kan?

Kehilangan Misteri Dari Internet

Semuanya bermula pada November 2013.

Carl Herold tiba-tiba lenyap dari Internet. Dikenali sebagai seorang yang aktif, kehilangannya menjadi misteri..

Tiada muatnaik video baru di Internet, post baru di subreddit, dan tiada apa-apa artikel di baru…

Pengikutnya mula tertanya-tanya dan berspekulasi tentang kehilangannya dari dunia maya.

Sehingga pada suatu hari….

Berita Mengejutkan

Pada Disember 2013, laman web Reddit gempar dengan satu berita yang mengejutkan tentang seorang penjenayah pedofil yang mencabul kanak-kanak yang bernama Carl Herold.

Setelah beberapa siri pengesahan, mereka mendapati,

Ya..

Itulah Pengguna u/carlh – Carl Herold yang mereka kagumi dan kenali sebagai seorang yang amat baik dan mesra di Reddit.

Pencabul Kanak-Kanak

Pemangsa Internet: Pedofil Reddit Carl Herold

Sumber:WHNTNews19

Carl Herold, 32 tahun, didakwa dengan kesalahan mencabul dan penderaan kanak-kanak.

Dia juga didakwa mempunyai dan menyimpan pornografi kanak-kanak dan merakam aksi lucah seorang kanak-kanak berumur 9 tahun.

Carl Herold didakwa melakukan kesalahan itu bersama pasangan domestik beliau, seorang lelaki yang bernama Charles Walker Dunnvant yang berumur 28 tahun.

Meliwat Kanak-Kanak

Kekejaman beliau tidak berhenti di situ sahaja.

Selain mempunyai pornografi kanak-kanak bawah umur dan menyebar pornografi, Carl juga turut didakwa dengan kesalahan meliwat seorang kanak-kanak bawah umur berusia 9 tahun.

Yang mengejutkan? kanak-kanak berusia 9 tahun itu adalah anak lelaki beliau sendiri.

Seperti yang disangka, Carl menafikan semua tuduhan tersebut dan meminta untuk dibicarakan.

Jalan Keluar

Setelah pihak berkuasa berjaya mengumpul bukti untuk menguatkan dakwaan kesalahan tersebut ke atas Pedofil Reddit itu, Carl Herold dijadualkan untuk menghadiri perbicaraan di New York atas kesalahan-kesalahan beliau.

Namun, perkara sebaliknya yang berlaku….

Bunuh Diri

Pada 4 November 2014, Carl Herold ditemui mati di dalam sel penjara beliau di Clay County..

Pedofil itu dipercayai membunuh diri untuk mengelak perbicaraan dan dihukum.

Carl Philip Herold sedang berada di dalam proses untuk dipindahkan ke New York untuk menghadiri perbicaraan kes beliau di Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat di Syracuse pada 21 November.

Pengguna laman sosial Reddit yang suatu dulu amat kagum dengan Carl mengecam tindakan Carl yang dikatakan pengecut yang membunuh diri mengelak dari dibicarakan dan dihukum dengan penjara sepanjang hayat.

Sejarah Hitam Internet

Jenayah yang dilakukan Carl Herold sememangnya meninggalkan satu titik hitam dalam sejarah sosial media di Internet.

Reddit akan mengenang Carl Herold sebagai seorang Internet Guru yang mesra dan aktif di atas talian (online) dan juga sebagai seorang yang hidup sebagai penjenayah, pencabul dan peliwat kanak-kanak di luar talian (offline).

Internet juga turut menjadi Arkib sejarah hidup penjenayah ini.

Bak kata orang putih,

What Happens on the Internet, Stays on the Internet.

Kan?

Channel Youtube Carl, sehingga kini, masih boleh dilawati oleh pengguna Internet. Begitu juga dengan subreddit dan profile Reddit beliau di Internet.

Anda boleh saksikan betapa lainnya personaliti beliau sebagai seorang Internet Guru yang baik, sabar dan lembut. Namun, beliau juga seorang penjenayah yang didakwa dengan keganasan seksual ke atas kanak-kanak yang mati membunuh diri untuk mengelak dari dipenjara.

Sekarang, Carl sudah mati. Kes selesai….

atau tidak?

Carl Herold Kembali?

Pada 2017, satu post di subreddit r/carlhprogramming dengan nama username u/carlh mengejutkan pengguna laman sosial itu.

Tapi, bukan ke Carl Herold dah mati?

“Hi, It’s Me From Heaven”

Tajuk post itu adalah “Hi, it’s me from heaven” (Hai, ini saya (Carl Herold) dari syurga).

 

Pemangsa Internet: Pedofil Reddit Carl Herold

Sumber: Archives

“Carl Herold” beliau akan membuat satu sesi AMA untuk membuktikan beliau masih hidup.

WTF?

dan sedang berada di Russia selepas melarikan diri dari rumah mayat setelah beliau memalsukan kematian beliau.

Subreddit AMA (r/AMA) adalah satu subreddit di mana selebriti terkenal atau pakar dari mana-mana bidang akan menjawab semua soalan yang diajukan kepada mereka dalam subreddit berkenaan.

Namun, sesi itu tak pernah terjadi dan post tersebut telahpun dipadam.

Tapi siapa yang menggunakan profile Carl Herold tersebut? Adakah ia betul-betul Carl Herold yang telahpun mati pada 2014 yang sebenarnya masih hidup?

atau penggodam atau hackers yang menceroboh ke akaun lain untuk troll pengguna Reddit?

Kesimpulan Pemangsa Internet

Walaupun internet terkenal dengan kebaikannya, Internet juga penuh dengan misteri dan pemangsanya tersendiri. Kisah Penjenayah Pedofil Carl Herold membuktikan bahawa Internet bukan sahaja tempat hero papan kekunci mempamerkan kuasa mereka untuk mengutuk atau mencerca orang di balik personaliti Anonymous, tapi Internet juga tempat seorang professional yang tampak baik di dunia atas talian namun hidup kotor sebagai seorang penjenayah seksual.

Apa pendapat anda, adakah Carl Herold benar-benar sudah mati…. atau beliau betul-betul berjaya memalsukan kematian beliau dan lari ke Russia dan mencari mangsa baru?

Lebih Info mengucapkan selamat berspekulasi.

 



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.