Permohonan kemasukan Kolej Profesional MARA Ambilan 2020


Permohonan kemasukan Kolej Profesional MARA Ambilan 2020. Ketahui Syarat Kelayakan dan maklumat penting Kemasukan Kolej Profesional MARA Ambilan 2020.

Lebih Info akan kongsikan berkenaan Permohonan kemasukan Kolej Profesional MARA Ambilan 2020. Entri kali khas untuk membantu menerangkan beberapa maklumat asas yang perlu anda ketahui tentang pemohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA untuk ambilan Jun 2020.

Permohonan kemasukan Kolej Profesional MARA Ambilan 2020
Sumber: MARA

Baca dan Semak tentang Permohonan kemasukan Kolej Profesional MARA Ambilan 2020.

Kolej Profesional MARA (KPM)

Kolej Profesional MARA (KPM) menawarkan program-program diploma dan sijil.

Kurikulum KPM digubal oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan dan dikemas kini dari semasa ke semasa supaya pelajar-pelajar KPM mempunyai pengetahuan terkini dan bersedia untuk mengisi keperluan industri negara.

Setiap kampus KPM menawarkan kemudahan prasarana yang lengkap untuk kegunaan dan keselesaan pelajar.

Kolej KPM Di Seluruh Negara

Kolej Profesional MARA di seluruh negara:

  • Kolej Profesional MARA Beranang
  • Kolej Profesional MARA Ayer Molek
  • Kolej Profesional MARA Indera Mahkota
  • Kolej Profesional MARA Seri Iskandar
  • Kolej Profesional MARA Bandar Penawar
  • Kolej Profesional MARA Bandar Melaka

Permohonan Kolej Profesional MARA 2020

Permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM) bagi Program Diploma Ambilan sesi Jun 2020 telah dibuka bermula 27 Februari hingga 1 April 2020.

Syarat Umum

  • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
  • Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
  • Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada
    pegawai perubatan bertauliah.
  • MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad.

Syarat Khusus

  • Memperolehi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV).
  • Lulus Program Intensif Bahasa Inggeris (Intensive English Programme – IEP) ambilan Februari.
  • Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM DIPLOMA seperti yang diiklankan.

Syarat Kelayakan Akademik

Anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan untuk memohon program diploma yang anda minat dan mahukan.

Ini penting supaya anda boleh berjaya dalam permohonan.

Untuk menyemak syarat kelayakan akademik sama ada anda layak untuk memohon untuk kursus yang anda minat, anda boleh membuat semakan di SINI.

Membuat Permohonan Ke KPM 2020

Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) di laman web MARA.

Laman Web Permohonan

Permohonan boleh dibuat di SINI.

Tarikh Permohonan

27 Februari 2020 (Selasa) jam 3.00 petang hingga 1 April 2020 (Rabu) jam 5.00 petang.

Adalah penting untuk anda mengambil maklum tarikh yang disebutkan di atas supaya anda tak terlepas peluang membuat permohonan kemasukan ke KPM.

Program Yang Ditawarkan

Pemohon hanya boleh memohon program pengajian peringkat diploma yang ditawarkan oleh
pihak MARA seperti berikut:

  1.  Diploma In Accounting (DIA)
  2.  Diploma In Business Studies (DBS)
  3.  Diploma In English Communication (DEC)
  4.  Diploma In Integrated Logistics Management (DLM)
  5.  Diploma In Landscape & Horticulture (DLH)
  6.  Diploma In Computer Networking (DCN)
  7.  Diploma In Creative Digital Media Production (DCD)
  8.  Diploma In Entrepreneurship (DEn)
  9.  Diploma In Islamic Banking & Finance (DBF)
  10.  Diploma In Halal Industry (DHI)
  11.  Diploma In Marketing (DMk)
  12.  Diploma In International Business (DIB)
  13.  Diploma in Business Information Technology (DBIT)

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang garis panduan permohonan, anda boleh muat turun versi PDF di SINI.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh hubungi terus alamat dan no telefon yang tertera di bawah:

Unit Pengambilan, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA,
Tingkat 12, Bangunan Ibu Pejabat MARA,
Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur.

No telefon:

  • Sebarang pertanyaan melalui telefon anda boleh hubungi 03-261 34074/34075/34076/34077/34081 atau email ke [email protected]

Mereka bersedia membantu anda.

Kesimpulan Kemasukan Kolej Profesional MARA

Artikel Permohonan Kemasukan Kolej Profesional MARA Ambilan 2020 ini, bolehlah disebarkan kepada rakan-rakan, saudara mara, ahli keluarga lepasan SPM yang berminat mengikut program di MARA.

Diharap entri Permohonan Kemasukan Kolej Profesional MARA Ambilan 2020 dapat membantu anda terutama mereka ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Lebih Info mengucapkan selamat maju jaya dan selamat memohon!



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.