Permohonan Online IKM KKTM & MJII Ambilan 2020


Permohonan Online IKM KKTM & MJII Ambilan 2020. Ketahui Syarat Kelayakan dan maklumat penting Permohonan Online IKM KKTM & MJII Ambilan 2020.

Lebih Info akan kongsikan berkenaan Permohonan Online IKM KKTM & MJII Ambilan 2020. Entri kali khas untuk membantu menerangkan beberapa maklumat asas yang perlu anda ketahui tentang pemohonan kemasukan ke Institut Pendidikan MARA untuk ambilan 2020.

Permohonan Online IKM KKTM & MJII Ambilan 2020
Sumber: TVETMARA

Baca dan Semak tentang Permohonan Online IKM KKTM & MJII Ambilan 2020

Institusi Pendidikan MARA 

Komponen Institusi Pendidikan MARA adalah:

  1. Institut Kemahiran MARA (IKM)
  2. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  3. MARA-Japan Industrial Institute (MJII)

Matlamat Penubuhan

Matlamat penubuhan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) ini adalah untuk memberi peluang kepada belia bumiputra dengan memberi latihan dan pendidikan bagi melahirkan lebih ramai belia yang berkemahiran tinggi untuk diserap masuk ke dalam industri zaman kini.

IKM, KKTM dan MJII telah dibina di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi memastikan matlamat ini tercapai.

Semua institusi pendidikan MARA telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Segala kemudahan dan kelengkapan untuk pelajar telah disediakan bagi memastikan keselesaan pelajar. Di IKM, mereka menawarkan pengajian di peringkat sijil manakala KKTM pula menawarkan pendidikan di peringkat diploma.

Bagi pelajar yang berkelayakan anda akan ditawarkan dengan bantuan kewangan bagi meringankan beban keluarga pelajar.

Permohonan Online IKM KKTM & MJII 2020

Berikut kami kongsikan pada anda syarat-syarat permohonan, tarikh permohonan, cara-cara permohonan dan segala maklumat tambahan lain yang anda perlukan:

Permohonan Secara Online

Jika terdapat sebarang perubahan akan dikemaskini semula. Pemohon dikehendaki membuat permohonan secara online seperti ketetapan berikut :

Pengambilan Sesi Mei

Semua KKTM dan IKM kecuali MJII, KKTM Petaling Jaya, KKTM Ledang dan KKTM Kuantan:

  • Tarikh Buka : 27 Februari 2020
  • Tarikh Tutup : 22 April 2020

Pengambilan Sesi Oktober 2020

MJII, KKTM Petaling Jaya, KKTM Ledang dan KKTM Kuantan sahaja:

  • Tarikh Buka : akan dikemaskini
  • Tarikh Tutup : akan dikemaskini

Pengambilan Sesi Januari 2021

Semua KKTM dan IKM kecuali MJII, KKTM Petaling Jaya, KKTM Ledangdan KKTM Kuantan:

  • Tarikh Buka : akan dikemaskini
  • Tarikh Tutup : akan dikemaskini

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan Kemasukan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) secara online di laman web Permohonan Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) Online, di SINI.

  1. Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian dengan melayari pautan di atas
  2. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan bagi yang sudah mendaftar
  3. Untuk pengguna baru, sila buat pendaftaran dahulu dengan menekan butang ‘pengguna baru’
  4. Tiada pembelian no pin dikenakan untuk ambilan Oktober 2019 dan Januari 2020

Permohonan Melalui UPU Online 

  • Tarikh : 24 Februari 2019 sehingga 7 April 2020
  • Melalui permohonan UPU di pautan www.upu.moe.edu.my – Untuk permohonan sesi Julai ini Pemohon perlu membeli no. pin Unik ID

Nota Penting

  1. Penawaran pengambilan dibuat dua (3) kali setahun iaitu JANUARI, JULAI dan OKTOBER
  2. Terdapat pengambilan baharu pada sesi Oktober iaitu untuk kemasukan ke MJII, KKTM Petaling Jaya, KKTM Kuantan dan KKTM Ledang
  3. Permohonan kemasukan dibuat secara ONLINE:

Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan Online IKM KKTM & MJII 

Kelayakan Am Peringkat Sijil

IKM menawarkan pengajian peringkat sijil. Berikut merupakan syarat am kelayakan memohon:

  • Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi lepasan SPM 2013 dan ke atas wajib lulus subjek Sejarah
  • Tidak buta warna
  • Sihat tubuh bada dan tiada masalah kesihatan
  • Berumur 18-40 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Bumiputra

Kelayakan Am Diploma

KKTM menawarkan pengajian peringkat diploma. Berikut merupakan syarat am kelayakan memohon:

  • Lulus SPM atau setara atau lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA ≥ 2 (Permohonan lepasan IKM hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja di peringkat SPM)
  • Tidak buta warna
  • Sihat tubuh bada dan tiada masalah kesihatan
  • Berumur 18-40 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Bumiputra

*Untuk maklumat mengenai syarat & kelayakan kemasukan ke KPM, KKTM, IKM & MJII, panduan permohonan, maklumat tentang program yang ditawarkan, serta soalan lazim, sila layari laman web Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) di SINI.

Maklumat Lanjut 

Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan ini anda boleh hubungi alamat dan nombor telefon yang tertera di bawah:

Alamat:

Unit Pengambilan Pelajar, Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Ibu Pejabat MARA, Jalan
Raja Laut 50609 Kuala Lumpur

  • Telefon: 03-26134611/4612/4618/4605
  • Fax:03-26914510

Mereka bersedia membantu anda.

Kesimpulan Permohonan Online IKM KKTM & MJII 

Artikel Permohonan Online IKM KKTM & MJII Ambilan 2020 ini, bolehlah disebarkan kepada rakan-rakan, saudara mara, ahli keluarga lepasan SPM yang berminat mengikut program di MARA.

Diharap entri Permohonan Online IKM KKTM & MJII Ambilan 2020 dapat membantu anda terutama mereka ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Lebih Info mengucapkan selamat maju jaya dan selamat memohon!



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *