Pinjaman Lulus 10 Minit Alliance Bank CashVantage


Pinjaman atau Pembiayaan-i Alliance Bank CashVantage. Nak pinjam loan peribadi dengan kadar kelulusan yang pantas? Ketahui cara mohon dan maklumat penting tentang Pinjaman Lulus 10 Minit Alliance Bank CashVantage.

Lebih Info akan kongsikan berkenaan Pinjaman Lulus 10 Minit Alliance Bank CashVantage. Entri kali khas untuk membantu menerangkan beberapa maklumat asas yang perlu anda ketahui tentang pinjaman peribadi yang khusus untuk anda yang perlukan pinjaman lulus segera.

Pinjaman Lulus 10 Minit Alliance Bank CashVantage
Sumber: Alliance Bank Malaysia Berhad

Baca dan Semak tentang Pinjaman Lulus 10 Minit Alliance Bank CashVantage.

Alliance Bank Malaysia Berhad

Alliance Bank Malaysia Berhad bersama dengan anak-anak syarikatnya, Alliance Investment Bank Berhad dan Alliance Islamic Bank Berhad adalah kumpulan perkhidmatan kewangan dinamik yang menawarkan perkhidmatan perbankan dan kewangan melalui perbankan pengguna, perbankan PKS, perbankan korporat dan komersial, perbankan Islam, perbankan pelaburan, dan perniagaan broker saham.

Ia menyediakan akses mudah ke pangkalan pelanggan yang luas di seluruh negara melalui saluran penyampaian pelbagai termasuk cawangan runcit, Pusat Perbankan Privilege, Pusat Perniagaan, cawangan Bank Pelaburan, dan pejabat pemasaran langsung di seluruh negara, serta perbankan mudah alih dan Internet.

Pembiayaan-i CashVantage

Pembiayaan-i CashVantage adalah antara pinjaman peribadi islamik yang patuh syariah dengan Konsep Shariah yang digunapakai ialah Tawarruq.

Alliance Bank menawarkan Pembiayaan-i CashVantage dengan Pembiayaan Peribadi Islam tanpa cagaran yang dikira berdasarkan kadar rata.

Ciri-cirinya yang menarik seperti patuh syariah, kadar kelulusan yang pantas sepantas 10 minit wajar menjadi salah satu komponen dalam pertimbangan anda dalam memilih untuk membuat pembiayaan peribadi.

Ciri Pembiayaan-i CashVantage

  • Produk ini adalah pembiayaan peribadi tanpa cagaran
  • kadar  keuntungan dikira berdasarkan kadar rata
  • Konsep Syariah yang digunakan adalah tawarruq
  • Penjamin atau cagaran tidak diperlukan.
  • caj setem duti sebanyak 0.5% untuk pinjaman
  • tiada caj pemprosesan
  • pinjaman dari RM 5,000 sehingga RM15,000

Untuk menikmati kadar promo, kadar eksklusif 3.99 % setahun, anda perlulah memohon sebelum 31 Mac 2020.

Cara Memohon Pembiayaan-i CashVantage

Okay, sekarang kita dah tahu apa itu Pembiayaan-i CashVantage ni, dan ciri-cirinya.

Jadi, macam mana nak mohon? Jom baca.

Syarat Kelayakan Pembiayaan-i CashVantage

Kelayakan untuk memohon pembiayaan peribadi Islamik Alliance Bank CashVantage adalah sangat fleksibel dan memudahkan pemohon. Berikut ialah kelayakan yang diperlukan.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 hingga 58 tahun.
  • Pendapatan kasar tahunan anda sebanyak RM3,000 or RM36,000

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

Jangan risau, dokumen-dokumen yang diperlukan untuk  sangat ringkas dan tidak memeningkan kepala.

Berikut ialah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi Pinjaman Alliance Bank CashVantage.

Bekerja Sendiri

  1. Business registration certificate/SSM
  2. 6 months company bank statement.

Ataupun..

  1. Business registration certificate/SSM
  2. Latest 2 years Borang B & Latest year tax receipt.

Penjawat Awam/Sektor Swasta

  1. Penyata KWSP  minimum rekod 2 tahun terkini & Penyata Gaji 1 bulan terkini
    ATAU
  2. Penyata KWSP  minimum rekod 2 tahun terkini & Penyata Bank 1 bulan terkini dengan rekod kredit gaji
    ATAU
  3. Borang BE Terkini & Receipt Cukai Terkini & Penyata Gaji 1 bulan terkini
    ATAU
  4. Borang BE Terkini & Receipt Cukai Terkini & Penyata Bank 1 bulan terkini dengan rekod kredit gaji

Borang Memohon Pembiayaan-i CashVantage

Mana nak daftar Pinjaman ni? Apa langkah dan prosesnya?

Muat turun dan isikan Borang Permohonan Pinjaman Alliance Bank CashVantage.

Mohon secara online! Klik SINI.

Maklumat Lanjut

Anda juga dinasihatkan untuk membaca Lembaran Penerangan Produk(Disclosure Sheet) sebelum mohon Pembiayaan ini.

Mana nak muat turun Lembaran Penerangan Produk? Klik SINI.

Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan mengenai Pinjaman Alliance Bank CashVantage. sila rujuk dengan menghubungi pegawai khidmat pelanggan Alliance Bank di talian berikut+603-5516 9988

Kesimpulan Pinjaman Lulus 10 Minit

Artikel Pinjaman Lulus 24 Jam Alliance Bank CashVantage ini, bolehlah disebarkan kepada rakan-rakan, saudara mara, ahli keluarga yang berminat untuk membuat pinjaman yang lulus dengan kadar yang pantas.

Diharap entri Pinjaman Lulus 24 Jam Alliance Bank CashVantage dapat membantu anda terutama mereka yang memerlukan wang untuk kegunaan modal perniagaan dan sebagainya.

Lebih Info mengucapkan selamat maju jaya dan selamat memohon!



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.