Pinjaman Lulus Segera Yayasan Ihsan Rakyat


Pinjaman Lulus Segera Yayasan Ihsan Rakyat? Ketahui cara mohon dan maklumat penting tentang Pinjaman Lulus Segera Yayasan Ihsan Rakyat.

Lebih Info akan kongsikan berkenaan Pinjaman Lulus Segera Yayasan Ihsan Rakyat. Entri kali khas untuk membantu menerangkan beberapa maklumat asas yang perlu anda ketahui tentang pinjaman peribadi yang khusus untuk mereka yang bergaji rendah ini.

Pinjaman Lulus Segera Yayasan Ihsan Rakyat

Baca dan Semak tentang Pinjaman Lulus Segera Yayasan Ihsan Rakyat.

Yayasan Ihsan Rakyat

Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) adalah syarikat berdaftar di Malaysia dan beroperasi sejak tahun 2012.

Syarikat YIR dengan kerjasama pihak RCE iaitu anak syarikat Amcorp Group, menguruskan dana pinjaman peribadi ini.

Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Ihsan Rakyat

Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i adalah sebuah pelan pinjaman peribadi Islamik tak bercagar yang ditawarkan oleh Yayasan Ihsan Rakyat.

Oleh kerana ini adalah pinjaman peribadi tak bercagar, anda tidak perlu sediakan sebarang cagaran atau penjamin untuk mohon.

Ciri Utama Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Ihsan Rakyat

Okay, sekarang kita dah tahu apa itu Pinjaman Lulus Segera Yayasan Ihsan Rakyat.

Apa pula ciri-ciri menarik pinjaman ni?

Kenapa mesti pilih pinjaman ni berbanding pinjaman lain.

Patuh Syariah

Pinjaman ini juga adalah pinjaman Islamik patuh Syariah.

Sesuai untuk anda yang mencari pinjaman yang bukan konvensional.

Kakitangan Kerajaan

Pembiayaan Peribadi-i kepada mereka yang berkhidmat di sektor awam, iaitu kakitangan kerajaan dan kakitangan GLC.

Permohonan hanya dibuka kepada kakitangan kerajaan persekutuan (AG), anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), kakitangan Universiti Putra Malaysia (UPM), dan kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Ciri Menarik Pinjaman Peribadi Yayasan Ihsan Rakyat

Berikut ialah kelebihan-kelebihan yang ditawarkan oleh pinjaman peribadi ini.

  1. Patuh Syariah: mengamalkan konsep Komoditi Murabahah dengan penyusunan Tawarruq.
  2. Jumlah pembiayaan fleksibel:  Pinjaman dari serendah RM3,000 hingga RM150,000.
  3. Tempoh pembiayaan fleksibel: bayar semula dari tempoh 12 bulan (1 tahun) hingga 120 bulan (10 tahun).
  4. Kadar keuntungan tetap: antara 6.99% p.a hingga 9.99% p.a
  5. Syarat kelayakan gaji rendah:  Gaji kasar bulanan RM1,500 ke atas.
  6. kelayakan umur yang rendah:  berumur dari 20 tahun hingga 50 tahun.
  7. Tempoh lulus pantas: tunggu selama 2 hari bekerja untuk tahu keputusan permohonan pinjaman anda.
  8. Bayaran ansuran melalui potongan gaji: Kaedah bayaran semula melalui potongan gaji bulanan
  9. Bayaran Direct Debit: Anda juga boleh buat bayaran secara direct debit atau arahan tetap
  10. Tiada caj proses: tiada sebarang caj pemprosesan sekiranya pinjaman anda lulus.
  11. CCRIS/CTOS: Ada rekod CCRIS/CTOS? jangan risau. Anda boleh cuba mohon pinjaman ini.

Cara Memohon PinjamanYayasan Ihsan Rakyat

Okay, sekarang kita dah tahu apa itu Pinjaman Lulus Segera Yayasan Ihsan Rakyat ni, dan ciri-cirinya.

Jadi, macam mana nak mohon? Jom baca.

Syarat Kelayakan Untuk Memohon

Berikut ialah syarat kelayakan yang perlu anda penuhi sekiranya anda berminat untuk mohon pinjaman ini.

Ingat, pastikan anda mencukupi syarat-syarat ini sebelum anda mohon.

Umur

Berumur 20 hingga 50 tahun. Kalau anda anggota PDRM had umur maksimum ialah 55 tahun.

Pekerjaan

Anda mestilah bekerja sebagai:

  1. Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  2. Kakitangan Universiti Putra Malaysia (UPM)
  3. Kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  4. Kakitangan Kerajaan Persekutuan (AG)

Selain itu, jawatan anda haruslah berjawatan tetap dan anda telah berkhidmat lebih dari 6 bulan.

Gaji kasar bulanan

Berpendapatan gaji kasar bulanan RM1,500 ke atas, atau tahunan RM18,000 ke atas.

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

Jangan risau, dokumen-dokumen yang diperlukan untuk  sangat ringkas dan tidak memeningkan kepala.

Berikut ialah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi Pinjaman Yayasan Ihsan Rakyat

  • Salinan kad pengenalan (MyKad)/Kad Kuasa PDRM yang disahkan.
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini yang disahkan.
  • Salinan penyata akaun bank (akaun gaji) terkini.
  • Surat pengesahan majikan.
  • Penyata penyelesaian (jika perlu).

Borang Memohon Pinjaman Lulus Segera Yayasan Ihsan Rakyat

Mana nak daftar Pinjaman ni? Apa langkah dan prosesnya?

Anda boleh muat turun borang pinjaman Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i di SINI.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh hubungi mereka dengan cara berikut:

Processing Centre:
19th, Floor Menara Teochew (Formerly known as Menara AmMetLife),
No.1, Jalan Lumut,
50400 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Monday – Friday
9.00 am – 6.00 pm
(excluding Public Holiday)

Tel:
03 – 4047 0888
Monday – Friday
8.00 am – 6.00 pm
(excluding Public Holiday)

Fax:
03 – 4047 0856

Kesimpulan Pinjaman Lulus Segera Yayasan Ihsan Rakyat

Artikel Pinjaman Lulus Segera Yayasan Ihsan Rakyat ini, bolehlah disebarkan kepada rakan-rakan, saudara mara, ahli keluarga yang berminat untuk membuat pinjaman islamik tak bercagar.

Diharap entri Pinjaman Lulus Segera Yayasan Ihsan Rakyat dapat membantu anda terutama mereka yang memerlukan wang untuk kegunaan modal perniagaan dan sebagainya.

Lebih Info mengucapkan selamat maju jaya dan selamat memohon!

 



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.