Pinjaman TEKUN Untuk Memulakan Perniagaan


Pinjaman TEKUN Untuk Memulakan Perniagaan
Tak teringin ke nak ada bisnes sendiri macam brader ni? :p

TEKUN Nasional adalah merupakan agensi kerajaan yang diwujudkan pada 9 November 1998.

Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Anda rasa anda layak untuk mohon? Bagus. Sekarang kita tengok macam mana.

Skim Pembiayaan TEKUN Niaga

Tahukah anda, macam-macam jenis pinjaman yang ditawarkan oleh TEKUN sesuai dengan keperluan perniagaan anda.

Tapi kali ni, LebihInfo nak cerita tentang Pinjaman TEKUN Pembiayaan TEKUN Niaga.

Syarat Kelayakan Asas Pinjaman TEKUN Nasional

  1. Bumiputera dan warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 – 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  3. Pemohon bukan seorang muflis
  4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia
  5. Mempunyai lessen / permit / Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  6. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile)
  7. Terlibat secara langsung dan separuh masa dalam perniagaan
  8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan (SSM) yang berlainan serta rekod bayaran yang baik bagi isi rumah.
  9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000
  10. Pembiayaan perniagaan sedia ada (contoh: MARA, AIM, SME, PNS dan sebagainya) tidak melebihi RM100,000.
  11. Pemohon telah menjalankan perniagaan. Manakala bagi pemohon yang ingin memulakan pernigaan dikehendaki mempunyai modal sumbangan tunai sendiri minima 20% daripada pembiayaan sebagai komitmen untuk menjalankan pernigaan (progress project)
  12. Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon).
  13. Bagi Enterprise (Perkongsian), perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan dan rakan kongsi mestilah Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  14. Bagi Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan yang memberikan kebenaran:
  15. Penyaluran pembiayaan atas nama Syarikat bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas.
  16. Kelulusan pembiayaan atas nama Enterprise (Pemilik Tunggal) bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas boleh dipertimbangkan kelayakannya dengan menggunakan akaun semasa individu pemohon atau Enterprise.

Ha, panjangkan? berpinar dah ke mata? Sabar-sabar.

Okay, penuhi semua syarat kelayakan di atas? Bagus-bagus.

Jumlah Pinjaman

Pinjaman TEKUN Untuk Memulakan Perniagaan

Menarik kan? Boleh lah mula berfikir-fikir untuk pinjam yang mana mengikut kesesuaian pelan perniagaan anda.

Bayaran Proses

Setiap pinjaman yang anda pinjam adalah tertakluk pada bayaran proses.

Mahal tak? Bergantung.

Kalau jumlah pinjaman anda tinggi, bayaran proses anda tinggi.

Kalau sikit, sikit ler.

Bergantung kepada jumlah pinjaman. Paling tinggi pun RM500. Itupun kalau anda pinjam RM50ribu ke RM100ribu.

Pinjaman TEKUN Untuk Memulakan Perniagaan

Tempoh Bayaran Balik & Kadar Faedah

Tempoh bayaran balik pinjaman adalah antara 6 bulan hingga 10 tahun.

Peminjam dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 4% setahun. 4% setahun, bukan bulan-bulan.

Rasa berbaloi dah tu!

Perlindungan Insurans

Antara kelebihan usahawan TEKUN akan mendapat perlindungan di bawah Insuran Pinjaman dan Insuran Hayat & Kemalangan (peminjam).

Apa fungsi Insurans ni?

Insuran ni bertujuan untuk melunaskan baki pembiayaan sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal akibat kemalangan dalam tempoh bayaran balik pembiayaan tersebut.

Selain itu waris juga menerima wang khairat kematian sebanyak RM 1,000.00 (potongan wajib kepada semua peminjam)

Macam orang dulu-dulu kata, sediakan payung sebelum hujan!

Borang Permohonan Pinjaman TEKUN Nasional

Okay, sekarang anda dah tahu perkara asas tentang pinjaman TEKUN ni kan?

Anda boleh mendapatkan borang permohonan pinjaman TEKUN Nasional di mana-mana pejabat TEKUN kawasan, Pusat Pembangunan Usahawan TEKUN Nasional (Business Centre), Pusat Khidmat Bergerak (TEKUN Mobile) atau dimana-mana kaunter perkhidmatan TEKUN Nasional.

Permohonan hendaklah dihantar ke pejabat TEKUN kawasan parlimen di lokasi premis di mana anda nak memulakan perniagaan.

Mudahkan? Ha jadi apa lagi, mohonlah cepat!!

Kesimpulan Pinjaman TEKUN 

Sekarang anda tak perlu pening lagi. TEKUN selaku agensi kerajaan bersedia untuk membantu anda untuk memulakan perniagaan.

Artikel yang kami sertakan dalam entri bolehlah digunakan sebagai panduan kepada yang berminat dengan Pinjaman TEKUN untuk memulakan perniagaan.Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh ke portal atau hubungi sendiri pihak TEKUN.

Lebih Info mengucapkan selamat maju jaya.



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.