Poco Akan Melancarkan Peranti Baharu Februari Ini


Peranti Poco F1 adalah peranti pembunuh sebenar apabila dilancarkan pada tahun 2018. Walaupun mempunyai spesifikasi kelas mercu, ia ditawarkan pada harga lebih rendah berbanding sesetengah peranti kelas pertengahan. Pada tahun 2020, Poco akan menjadi jenama yang kendiri tanpa campur tangan dari Xiaomi. Syarikat ini telah mendedahkan peranti baharu mereka akan dilancarkan Februari ini.

Ini disahkan sendiri oleh pengurus besar Poco India, Manmohan Chandolu menerusi temubual bersama Press Trust of India hari ini. Jualan akan dilakukan secara atas talian terlebih dahulu sebelum ditawarkan di kedai-kedai fizikal di India. Semasa dilancarkan pada tahun 2018, Poco dengan pantas mendominasi pasaran peranti harga mampu milik di India. Pada tahun 2019 tiada peranti baharu dilancarkan dan segmen ini diambil alih pula oleh Redmi.

Kami tahu ramai pembaca Amanz yang gemar dengan peranti Poco. Tahun 2020 pastinya dinantikan pengguna yang percaya mereka tidak perlu berbelanja lebih untuk memiliki sebuah peranti kelas mercu.



Poco Akan Melancarkan Peranti Baharu Februari Ini

Add a Comment

Your email address will not be published.