Poco X2 Akan Hadir Dengan Sistem Pengecasan Pantas 27W


Poco X2 adalah peranti terbaru dari Pocophone yang bakal dilancarkan 4 Februari ini. Selepas dua tahun Pocophone F1 diperkenalkan, akhirnya peranti kedua akan tiba. Berdasarkan ura-ura sebelum ini, Poco X2 hanyalah sebuah Redmi K30 4G yang dijenamakan semula untuk pasaran global.

Disebabkan namanya “X2”, ia adalah siri baharu dan bukan pengganti Poco F1. Jadi, Poco X2 tidak lain dan tidak bukan adalah peranti kelas pertengahan dan mungkin Poco F2 kelak barulah sebuah peranti mercu. Baru-baru ini, laman web Flipkart India telah mengacah sedikit demi sedikit mengenai peranti ini. Ia disahkan akan hadir dengan sistem pengecasan pantas “Charge Turbo” dengan kuasa 27W.

Walaupun bukan yang terpantas, tetapi dalam kelasnya ia cukup pantas. Spesifikasi lain adalah, skrin kadar segar semula Reality Flow 120Hz, jika benar adalah Redmi K30 ia akan menggunakan skrin LCD, dijana Snapdragon 730G dan dijual pada harga sedikit lebih mahal.



Poco X2 Akan Hadir Dengan Sistem Pengecasan Pantas 27W

Add a Comment

Your email address will not be published.