Presiden Napoli Mahu Saman Jika Pengadil Berlagak Sombong Enggan Semak VAR

Presiden Napoli Aurelio De Laurentiis tidak menolak kemungkinan akan menyaman pengadil dan juga FA Itali (FIGC) kerana menyebabkan ‘kerosakan’ pada masa hadapan.

“Seorang pegawai perlawanan yang tidak melakukan semakan VAR melakukan jenayah sukan.” ujar Laurentiis.

Bercakap kepada Corriere dello Sport selepas beberapa siri kontroversi beberapa minggu lalu, Laurentiis turut mengusulkan jurulatih dibenarkan untuk mencabar VAR, sepertimana yang diamalkan di dalam tenis.

Di dalam tenis, jurulatih dibenarkan untuk untuk melakukan reviu yang terhad di atas padang.

“Cabaran terhadap VAR adalah perkara termudah mereka boleh lakukan, dan ia mungkin sudah terlambat,” ujar De Laurentiis.

“Mungkin dua kali dalam satu perlawanan. Setip satu pada setiap babak perlawanan adalah mencukupi. Jurulatih sepatutnya diberikan hak untuk melakukan verifikasi.

“Dalam situasi yang sangat meragukan, jurulatih mungkin dibenarkan untuk melihat ke arah monitor bersama pengadil untuk mendapatkan penjelasan keputusan.

“Ini adalah hak asasi dan kesukanan khusus untuk jurulatih.”

Napoli terlibat dengan insiden sangat kontroversi ketika tewas 3-2 kelada Leece selepas pengadil memberikan kad kunging kepada Arkadiusz Milik kerana simulasi.

Pengadil enggan melakukan semakan di VAR, walaupun pemain  itu mendakwa buku lalinya telah diterjah keras pemain lawan.

“Saya selalu berpendapat apa saja sistem atai pembantu yang tidak menentu atau boleh memberikan pilihan tidak boleh diterima sama sekali.

“Ia harus mempunyai sesuatu yang muktamad dan tepat. Jika pengadil juga tidak kompeten dan berlagak, enggan menggunakan VAR, maka pengadil itu melakukan jenayah kesukanan.

“Ini kerana mereka berkompromi dengan keputusan perlawanan.

“Bola sepak bukan sekadar satu perlawanan. Ia adalah industri yang menjana ekonomi.”

Disebabkan hujah tersebut, De Laurentiis mengusulkan pengadil atau badan induk bola sepak disaman kerana melakukan kerosakan yang beliau maksudkan.

“Mengapa tidak? Secara prinsin, anda harus bertanggungjawab akan kesilapan yang anda lakukan. Bukan sahaja saya yang berkata demikian. Ia dipersetujui oleh ramai seperti dilapor media.

“Jika kesilapan yang berterusan begini berterusan, ia boleh menyebabkan kerugian  sehingga €200. Siapa yang mahu membayar itu?

Belum pernah ada dalam sejarh bola sepak pengadil disaman oleh kelab bola sepak, tetapi De Laurentiis memikirkan ideanya sendiri.

“Saya berpendapat peguam ternama akan suka perkara ini. Mereka tidak akan berkata tidak. Jika ada lima, enam atau tujuh kelab yang terkesan dengan kesilapan pengadil, adakah kita akan menghentikan keseluruhan musim?

“Ia boleh jadi sesuatu yang traumatik, tetapi ia masih adalah cara yang efisien untuk melawan sikap pemalas dan cuai pengadil.”

 

Source link
Presiden Napoli Mahu Saman Jika Pengadil Berlagak Sombong Enggan Semak VAR

Add a Comment

Your email address will not be published.