Produk Ubat Kuat Paling Power Abad Ini?


Anda Penggemar Ubat Kuat? Nak Tahu Tentang Ubat Kuat Paling Power Abad Ini?

Mati pucuk adalah salah satu penyakit yang biasa kita dengar dalam kalangan masyarakat sekarang. Lelaki yang mati pucuk tak dapat mencapai atau mengekalkan prestasi yang baik.

Terdesak nak capai kepuasan yang maksimum? Sanggup buat apa sahaja? Ubat kuat je pun, jamu je Takkan la makan jamu kuat boleh kena sakit jantung. Betul ke?

Produk Ubat Kuat Paling Power Abad Ini?

Produk Ubat Kuat Paling Power Abad Ini?
Waspada
               -Sumber gambar: Laman web KP KesihatanBerbaloi Kah?

Kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dalam Kenyataan Akhbar pada September 2019 mengingatkan rakyat Malaysia tentang Hamer Ginseng & Coffee Candy yang Dicampurpalsu Racun Berjadual “Nortadalafil”

Waspada

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan beberapa premis yang menjual Hamer Ginseng & Coffee Candy di sekitar Lembah Klang.

Hasil analisa makmal mendapati produk tersebut mengandungi racun berjadual “Nortadalafil” dan disahkan tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Pergh. Racun.

Racun tau racun. Ingat makan ubat kuat jadi kuat, tapi kiok. Korang ingat racun ni gula-gula skittles ke?

LMAO.

Penyalahgunaan Ubat

Korang tau tak apa itu Nortadalafil?

Okay, Nortadalafil ni adalah merupakan ubat terkawal yang digunakan untuk merawat masalah fungsi seksual lelaki (impotensi atau erectile dysfunction).

Ianya hanya boleh dibekalkan dengan preskripsi doktor.

Kesan Sampingan

Penggunaan Nortadalafil tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan sampingan serius seperti pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah.

Dengar pun serious kan? Elok-elok ada satu masalah, nanti bertambah pula masalah.

Dah la tak boleh puas, nanti buta dan pekak pula. Adoi.

Menyebabkan Kematian

Tahukah anda?

Ianya juga boleh memberi kesan merbahaya terhadap sistem kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung yang boleh menyebabkan kematian.

Tuan-tuan, kita tahu ajal maut di tangan Tuhan.

Tapi kalau tuan-tuan sendiri cari ajal, maut la tuan-tuan.

Bukankah Allah melarang membodohkan akal? Ha!

Salah Disisi Undang-Undang

Selain berbahaya, jual pun salah. Kalau korang kaya dan rasa RM3,000 tu tak ada nilai. Apa salahnya, kan?

Kalau korang lucky, bertuah boleh la masuk ‘kamar besi’ hehe cuti setahun beb.

Company paling baik pun susah nak kasi cuti 1 tahun. Korang nak tahu hotel paling murah?

Yang ini free.

Akta Racun

Penjualan racun berjadual tanpa lesen yang sah boleh disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Racun 1952 dan jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) Akta yang sama iaitu denda tidak melebihi RM 3,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

Ha, tuan-tuan. Kita ni orang kebanyakkan bukannya senang.

Memang jual janji-janji manis ni boleh cepat kaya, tapi kalau dah tertangkap, sakit!

Kesimpulan Ubat Kuat Paling Power

Sebagai seorang pengguna bijak dan peka dengan kesihatan, anda perlulah bijak menilai. Jangan mudah percaya dengan dakyah-dakyah kapitalis tidak bermoral. Korang sakit, diorang kaya. Jangan terlalu teruja untuk mencuba sampaikan korang yang akan sakit di masa hadapan. Kalau betul korang memerlukan bantuan, jumpalah doktor yang pakar dan bertauliah. Jangan pergi bawah jambatan pula. Tu pun doktor, tapi doktor lalok je la.

Artikel Produk Ubat Kuat Paling Power yang kami sertakan dalam entri bolehlah digunakan sebagai panduan dan peringatan kepada anda dan keluarga. Biar lambat naik, asalkan selamat. EH!

Lebih Info mengucapkan selamat maju jaya.



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.