Puma Keluarkan Video Pendek Lancar Jersi Palmeiras Berlatarbelakang Sejarah Imigran Itali Berusia 105 Tahun

Puma memperkenalkan jersi baharu Palmeiras dengan dua rekaan khusus untuk kegunaan home dan away dengan penuh bergaya.

Jersi tersebut direka untuk mengisahkan identiti dan sejarah Palmeiras yang berusia 105 tahun.

Ia adalah kisah impian satu koloni imigran yang datang ke Amerika Selatan untuk bekerja di kilang, dan membentuk sebuah kelab bola sepak – yang mempunyai kumpulan penyokong antara yang terbesar di Brazil pada hari ini.

Selain rekaan yang menarik daripada Puma, dua jersi tersebut turut menampilkan corak timbul yang diinspirasikan dari ilustrasi buku nota yang diberikan kepada imigran Itali yang sedang menuju ke Brazil.

Video pendek yang dihasilkan Puma pula menampilkan kata-kata secara cinematik sepanjang filem yang seakan sebuah trailer filem.

Walaupun sekadar sebuah filem pendek, ia cukup untuk mengisahkan sejarah bola sepak Palmeiras dan bagaimana pengaruh Itali di dalam bola sepak Brazil secara amnya.

Kedua-dua jersi home dan away baharu Palmeiras ini pula mengandungi frasa “Avanti” – yang bermakna ‘maju ke hadapan’ – di bahagian leher berserta warna mewakili bendera Itali.

Jersi ini cukup menarik untuk dimiliki dan digayakan bukan?

 

Source link
Puma Keluarkan Video Pendek Lancar Jersi Palmeiras Berlatarbelakang Sejarah Imigran Itali Berusia 105 Tahun

Add a Comment

Your email address will not be published.