Puyol Akan Sertai Casillas Atau Tanding Sendiri jawatan Presiden RFEF

Legenda bola sepak Barcelona, Carles Puyol berkata beliau belum berhubung dengan Iker Casillas mengenai kemungkinan untuk bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF).

Ramai berpendapat Puyol akan menyebelahi Casillas sekiranya bekas penjaga gol Real Madrid dan Sepanyol itu memutuskan untuk bertanding jawatan tertinggi badan induk bola sepak negara tersebut.

Baru-baru ini Iker Casillas mengumumkan akan mencabar Rubiales bertanding jawatan Presiden RFEF. Namun tarikh pemilihan tersebut belum lagi ditetapkan sama ada ianya akan diadakan pada tahun ini.

“Saya ada membaca sesuatu dari Twitter, dan ada terbaca saya menyebelahi dia [Casillas]. Saya mengesahkan belum bercakap mengenai perkara tersebut dengan beliau,” ujar Puyol.

“Saya tidak pasti sama ada beliau akan bertanding [secara rasmi] dan saya tidak mahu bercakap [mendahului keadaan] kerana ianya membuatkan saya seperti pemain yang offside.

“Malah saya sendiri tidak rahu bilakah pemilihan tersebut akan diadakan.

“Iker [Casillas] adalah seorang sahabat, dan jika beliau menghubungi saya, saya akan mendengar. Untuk menyertai beliau, itu adalah perkara lain.

“Saya juga adalah rakan kepada pihak dari Barcelona; mereka telah menghubungi saya dan saya tidak menyertai mereka.

“Mereka berada di posisi dimana mereka harus meyakinkan orang kerana terdapatnya tanggungjawab besar. Ia bergantung kepada momen penting [untuk menjelaskan] bagaimana mereka boleh terlibat [melaksanakan] tangggungjawab tersebut atau tidak.”

Bekas kapten Barcelona itu belum lagi mengambil sebarang langkah untuk melibatkan diri dengan bidang kejurulatihan seepas persaraan.

Malah Puyol berpendapat dirinya lebih sesuai untuk menjadi ahli lembaga pengarah kelab berbanding sebagai seorang jurulatih.

“Saya lebih berminat dengan jawatan seperti Pengarah Sukan berbanding sebagai seorang jurulatih,” kata Puyol.

“Ada banyak persaingan dalam bidang kejurulatihan. Saya masih memiliki sesuatu untuk ditawarkan kepada bola sepak, dan sudah tentu memilih untuk bermain kembali. Tetapi itu mustahil.”

Bercakap mengenai Lionel Messi yang dikaitkan dengan perpindahan dari Barcelona sejak pertikaman lidah dengan Pengarah Sukan Barcelona, Eric Abidal, ini jawapan Puyol:

“Messi kini berusia 32 tahun adalah pemain yang pandai menjaga dirinya, dan Leo pasti masih boleh beraksi pada usia 38 tahun.

“Mengapa perlu kita bercakap mengenai Barcelona yang tanpa Messi apabila beliau masih di sini sekarang?

“Apa yang perlu dilakukan ialah untuk Barcelona memenangi sebanya mungkin kejuaraan bersama Messi”

 

 

 

Source link
Puyol Akan Sertai Casillas Atau Tanding Sendiri jawatan Presiden RFEF

Add a Comment

Your email address will not be published.