RASMI: Bruno Fernandes Terbaik Premier League Bulan Februari

Permulaan sempurna Bruno Fernandes di Premier League dilengkapkan dengan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan (POTM) untuk February.

Pemain tengah Portugal itu berhijrah ke Old Trafford dari Sporting Lisbon dengan nilai £46.6 juta pada Januari dan beraksi dalam semua perlawanan United pada Februari.

Beraksi setiap minit dalam tiga perlawanan Premier League, Bruno menghasilkan dua assist dan menjaringkan satu gol.

Sepanjang tempoh itu beliau membantu United menewaskan Chelsea 2-0 di Stamford Bridge dan kemenangan 3-0 di Watford.

Bercakap kepada media Manchester United selepas dinamakan pemenang, Bruno berkata:

“Sejak zaman kanak-kanak, saya sentiasa bermimpi bermain untuk Man United, dan untuk berada di Old Trafford adalah impian terbesar saya di dalam karier.

“Apabila anda datag ke kelab baharu, anda mahu menjaringkan gol. Gol pertama [untuk Man United] sangay istimewa. Tidak kisahlah bagaimana ia dijaringkan, ia tetap penting dan amat bermakna.

“Saya gembira dengan permulaan saya di sini, tetapi mulai sekarang saya harus sentiasa menampilkan aksi lebih baik.”

Selain Bruno, pemain lain yang turut dicalonkan adalah Marcos Alonso, Pierre-Emerick Aubameyang, Dominic Calvert-Lewin, Matt Doherty dan juga Nick Pope.

Prestasi keseluruhan United meningkat secara mendadak sejak ketibaan Fernandes pada jendela perpindahan Januari lalu daripada Sporting Lisbon.

Source link
RASMI: Bruno Fernandes Terbaik Premier League Bulan Februari

Add a Comment

Your email address will not be published.