RASMI: Inter Milan Akhirnya Umum Christian Eriksen Ke San Siro

Christian Eriksen telah diumumkan secara rasmi sebagai pemain Inter Milan sebentar tadi.

Pemain tengah itu berpindah dari Tottenham Hotspur untuk menyertai Inter dengan yuran perpindahan bernilai £16.8 juta.

Pemain antarabangsa Denmark itu telah menandatangani kontrak selama empat tahun setengah untuk bersama kelab Serie A itu.

Sebahagian daripada perjanjian itu ialah Inter juga harus membayar £843k kepada bekas kelab pemain tersebut, Ajax.

Jumlah tersebut sememangnya sudah terkandung di dalam klausa perjanjian perpindahan pemain itu ke Tottenham sebelum ini.

Eriksen telah terbang ke Milan dari London pada pagi Isnin selepas kedua-dua kelab melakukan rundingan selama berminggu-minggu.

Pengerusi Tottenham, Daniel Levy sebelum ini enggan menurunkan tanda harga £16.8 juta, walaupun berisiko kehilangan pemain tersebut secara percuma pada musim panas akan datang.

Pemain berusia 27 tahun itu disambut denga meriah di sebuah klinik yang terletak di Rozzano, dimana beliau melakukan pemeriksaan kesihatan.

Eriksen dilaporkan akan menerima £130k seminggu untuk kekal di San Siro sehingga 2024.

Menariknya mengenai perpindahan Eriksen, ialah cubaan Barcelona untuk turut mendapatkan pemain tersebut pada minggu lalu.

Namun kelab Catalan itu tidak meneruskan rancangan mereka dengan sebarang tawaran selepas itu.

Eriksen meninggalkan Spurs selepas enam tahun setengah bersama kelab London tersebut.

Beliau telah tampil dalam 305 perlawanan, dan telah menjaringkan 69 gol selain daripada menghasilkan 89 bantuan gol.

Selepas perpindahan Eriksen disahkan, Spurs turut mengesahkan perpindahan pemain Argentina, Giovani Lo Celso sebagai tetap daripada Real Betis.

Pemain itu diberikan kontrak sehingga 2025.

 

Source link
RASMI: Inter Milan Akhirnya Umum Christian Eriksen Ke San Siro

Add a Comment

Your email address will not be published.