Rasmi : Samsung Galaxy S10 Lite Berharga RM2699, Galaxy Note10 Lite Berharga RM2299


Bersama-sama pengenalan Samsung Galaxy A51 dan Galaxy A71 di Malaysia, pihak Samsung turut telah melancarkan dua lagi telefon pintar mercu-asas, iaitu Galaxy S10 Lite dan juga Galaxy Note10 Lite.

Galaxy S10 Lite merupakan telefon pintar variasi asas untuk Galaxy S10, hadir dengan skrin 6.7-inci Super AMOLED Plus, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut dilengkapi kamera utama 48MP (lebar) + 5MP (makro) + 12MP (ultra-lebar). Untuk rakaman swafoto, ia menggunakan sensor 32MP, selain dilengkapi bateri 4500mAh.

Galaxy Note 10 Lite

Galaxy Note10 Lite pula merupakan telefon pintar dengan skrin 6.7-inci, dilengkapi memori 8GB RAM, storan 128GB, bateri 4500mAh dan kamera swafoto 32MP. Untuk rakaman gambar, ia menyertaakn kamera 12MP (ultra-lebar) + 12MP (lebar) + 12MP (telefoto).

Kedua-dua model ini menggunakan Android 10, dan siri Note10 Lite turut hadir dengan sokongan S-Pen.

Di Malaysia, Galaxy S10 Lite berharga RM2699, sementara Galaxy Note10 Lite pula berharga RM2299. Pra-tempahan boleh dilakukan bermula 3 Februari ini, dan akan menerima Galaxy Fit secara percuma. Jualan rasmi peranti ini adalah bermula 7 Februari di Malaysia.

Pra-Tempah Galaxy S10 Lite



Rasmi : Samsung Galaxy S10 Lite Berharga RM2699, Galaxy Note10 Lite Berharga RM2299

Add a Comment

Your email address will not be published.