Real Sociedad Guna Formasi Pelik 2-4-4 Kekang Sepakan Percuma Messi

Semua orang tahu betapa bahanya ancaman yang boleh dihadirkan oleh Lionel Messi melalui sepakan percuma terus.

Masihkah anda ingat sepakan percuma oleh Messi untuk Barcelona dalam perlawanan separuh akhir Champions league pada musim lalu ketika berhadapan Liverpool di Nou Camp.

Sepakan percuma tersebut dianggap sebagai antara sepakan terbaik yang pernah dihasilkan oleh bintang dari Argentina itu.

Namun dalam perlawanan La Liga pada hujung minggu lalu, Real Sociedad seperti sudah menemui formula untuk mengekang ancaman dari Messi ini.

Formasi 3-4-3 bukanlah formasi asing di dalam bola sepak. Tetapi ia menjadi pelik apabila pemain disusun di dalam susunan sedemikian di dalam kotak penalti!

Ini bermakna ketika sepakan percuma tersebut diambil oleh Messi, kesemua 11 pemain Real Sociedad termasuk penjaga gol berada di dalam kotak penalti.

Kelab Basque itu meletakkan tujuh pemain di belakang benteng yang dibentuk di hadapan Messi, termasuk dua pemain di garisan gol untuk mengapit penjaga gol.

Messi gagal menyempurnakan sepakan tersebut kerana sukar mencari ruang untuk membuat percubaan. Formasi pelik ini menjadi bualan di media sosial dan di kalangan komuniti bola sepak di Eropah.

Ada yang menulis di media sosial: “Cara untuk bertahan ketika berhadapan dengan sepakan percuma oleh Messi telah ditemui oleh Real Sociedad.”

Tidak kurang juga yang memuji: “Cara bertahan ketika sepakan percuma oleh Real Sociedad amat baik.”

Malangnya dalam perlawanan tersebut, Real Sociedad tetap gagal mempertahankan gawang mereka dibocori oleh Messi.

Walaupun bukan melalui sepakan percuma atau pun gol padang, Messi menjaringkan gol tunggal perlawanan melalui sepakan penalti pada minit ke-81 perlawanan.

Kemenangan tersebut memberikan tiga mata berharga untuk memberi kelebihan kepada kelab Catalan itu ke atas Real Madrid untuk kejuaraan La Liga pada musim ini.

 

Source link
Real Sociedad Guna Formasi Pelik 2-4-4 Kekang Sepakan Percuma Messi

Add a Comment

Your email address will not be published.