Realme 5i Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 14 Januari


Realme Malaysia kini telah pun mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan telefon pintar terbaru Realme 5i untuk pasaran tempatan pada 14 Januari 2020 kelak.

Telefon pintar Realme 5i ini hadir dengan bateri berkapasiti 5000mAh, dijana cip Snapdragon 665, dan menggunakan empat-kamera pada bahagian belakang.

Realme dilihat memposisikan peranti ini dibawah Realme 5 sebelum ini, sekaligus mungkin hadir dengan penawaran harga yang lebih kompetitif bersama dengannya.

Harga jualan dan tarikh jualan untuk telefon pintar Realme 5i ini dijangka akan diumumkan pada 14 Januari 2020 ini.



Realme 5i Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 14 Januari

Add a Comment

Your email address will not be published.