Redmi Note 9 Pro Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia


Redmi Note 9 Pro dan Note 9 Pro Max telah dilancarkan di India hari ini sebagai sebuah lagi peranti kelas pertengahan yang menggunakan cip Snapdagon 720G. Bagi pengguna di Malaysia, pelancaran peranti ini di Malaysia mungkin berlaku dalam masa terdekat kerana Note 9 Pro  telah melepasi pengesahan SIRIM hari ini

Buat masa ini, pihak Xiaomi Malaysia masih belum mengeluarkan komen berkaitan bilakah pelancaran rasmi peranti berkenaan untuk pasaran tempatan. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya tidak lama lagi.

Peranti ini dilengkapi skrin 6.67-inci LCD FHD+, dijana dengan Snapdragon 720G, memori sehingga 6GB RAM dan storan sehingga 128GB. Pada bahagian skrin, terdapat lubang di tengah untuk kamera swafoto 16MP. Kamera utama pula menggunakan modul segi empat di tengah yang unik. Ia menggabungkan lensa 48MP lensa utama, 8MP lensa sudut ultra lebar, 5MP lensa makro dan 2MP sensor kedalaman.

Untuk sekuriti, Redmi memuatkan sensor pengimbas cap jari di bahagian sisi. Bateri pula berkapasiti 5020mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W. Redmi turut mengekalkan pemancar infra merah dan bicu audio dan 3.5mm.



Redmi Note 9 Pro Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *