Redmi Turut Melancarkan Redmi Smart TV Max 98″ Berharga Sekitar RM12000


Pada bulan Ogos tahun lepas di China, bersama-sama dengan pelancaran Redmi Note 8 – Redmi turut melancarkan televisyen pintar pertama mereka Redmi Smart TV. Ia bersaiz 70-inci dan dijual pada harga yang amat mampu milik, iaitu sekitar RM2242 sahaja.

Terkini, serentak dengan pelancaran siri Redmi K30 Pro tadi Redmi telah melancarkan variasi baru Redmi Smart TV Max 98″. Kali ini, ia hadir dengan saiz 98-inci dengan resolusi 4K UHD. Redmi mengatakan saiz televisyen mereka ini adalah hampir sama dengan saiz meja ping-pong. Ia hadir dengan sokongan 85% NTDC, 192 zon dynamic backlight, MEMC motion compensation, dan pelbagai teknologi penalaan pengimejan. Seperti biasa, mana-mana televisyen pintar Xiaomi/Redmi ia akan menjalankan sistem operasi tersendiri patchwall OS.

Ia dijana dengan cip binaan 12nm tersendiri dan dipadankan dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Televisyen ini turut hadir dengan kaki untuk berdiri dengan sendiri. Setiap pembelian televisyen ini di China, pelanggan akan menerima perkhidmatan layanan VIP seperti penghantaran terus ke rumah, pemasangan dan bantuan khidmat pelanggan 1:1.

Redmi Smart TV Max 98″ ini dijual pada harga RMB 19,999, iaitu sekitar RM12,545. Jika dibandingkan dengan pesaing seperti Samsung, televisyen 4K 82″ dijual di Malaysia pada harga RM27,999. Manakala saiz yang sama 98″ tetapi resolusi 8K adalah RM299,999. Seperti biasa, harga Redmi adalah amat murah dan berbaloi untuk dimiliki. Sayangnya, ia tidak dijual di Malaysia secara rasmi.



Redmi Turut Melancarkan Redmi Smart TV Max 98″ Berharga Sekitar RM12000

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *