Rekaan Essential PH.2 Dan PH.3 Yang Dibatalkan Tertiris Ke Arena Web


Essential menggulung tikar awal bulan Februari lalu akibat masalah kewangan selepas hanya melancarkan satu peranti sahaja iaitu PH.1. Tetapi ramai tidak menyedari sebelum syarikat ditutup, Essential sempat menghasilkan rekaan untuk dua peranti selain GEM yang diperlihatkan oleh Andy Rubin bulan Oktober lalu.

Rekaan dua peranti yang dibatalkan ini didedahkan oleh Kevin Hoffman yang memegang jawatan sebagai pegawai kanan rekaan industri di Essential. Peranti PH.2 mempunyai rekaan yang mirip dengan PH.1 lengkap dengan dwi-kamera belakang dan kamera swafoto dalam takuk. Pembangunan dilakukan antara Oktober 2017 hingga Februari 2020. Ia dibatalkan kerana syarikat ingin menumpukan perhatian menghasilkan sebuah speaker pintar.

Rekaan PH.2 menunjukkan perubahan yang drastik pada bahagian kamera. Sistem trikamera disusun dalam bonjol berbentuk empat segi dengan dua rekaan diuji. Satu terletak pada tunjang peranti seperti Mate 30 Pro dan satu lagi pada bucu atas kiri seperti yang dilihat pada iPhone 11 Pro.

Pembangunan PH.3 dilakukan pada September 2o19 sehinggalah syarikat ditutup, Tidak seperti PH.1, PH.3 ialah peranti kelas pertengahan. Kegagalan Essential adalah tidak dijangka kerana peranti mempunyai rekaan yang cukup menarik ketika dilancarkan. Tambahan lagi ia diasaskan oleh Andy Rubin yang merupakan bapa kepada sistem operasi Android.



Rekaan Essential PH.2 Dan PH.3 Yang Dibatalkan Tertiris Ke Arena Web

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *