Rekaan Huawei P40 Dan P40 Pro Tertiris Sepenuhnya


Berbulan lamanya juga rahsia mengenai rekaan Huawei P40 dan P40 Pro dapat disorok dari pandangan ramai. Selama ini hanya rekaan panel belakang dan hadapan tertiris dalam jumlah yang kecil di arena web. Tetapi dengan pelancarannya hanya empat hari dari sekarang, empangan rahsia akhirnya retak.

Sekali lagi sumber imej beresolusi tinggi dari pelbagai sudut ini didedahkan oleh @evleaks. Ia mengesahkan bawah P40 akan menggunakan skrin rata manakala P40 Pro pula dilengkapi skrin lengkung tetapi bukan dari jenis waterfall Mate 30 Pro. Berita baik bagi mereka yang kurang menggemari rekaan skrin lengkung melampau ini.

Kedua-duanya juga akan dilengkapi butang kuasa dan laras bunyi fizikal pada sisi kanan. Rekaan bonjol kamera pada model Pro juga tidak terlalu tinggi dan besar melampau seperti S20 Ultra. Pada kadar semasa, kami tidak akan terkejut jika selepas ini spesifikasi lengkap kedua-dua peranti pula tertiris ke arena web.



Rekaan Huawei P40 Dan P40 Pro Tertiris Sepenuhnya

Add a Comment

Your email address will not be published.