Rekaan Telefon Pintar Motorola Dengan Stylus Tertiris


Pasaran peranti dengan stylus terbina telah lama dikuasai oleh Samsung Galaxy Note. Tetapi mereka pernah dicabar oleh LG dan Infinix suatu ketika dahulu sebelum kedua-duanya mengangkat bendera putih. Hari ini rekaan telefon pintar Motorola dengan stylus tertiris. Terdapat spekulasi peranti ini bakal dilancarkan sebagai Edge+.

Hanya rekaan hadapan tertiris menunjukkan rekaan hampir semua skrin lengkap dengan lubang untuk kamera swafoto pada bahagian hadapan. Motorola telah lama tidak melancarkan telefon pintar dengan stylus. Kali terakhir ialah ketika zaman mereka masih mengguna Windows Mobile lebih sedekad yang lalu. Jika mereka kembali menghasilkan Razr dengan rekaan clamshell, tidak mengejutkan jika mereka kembali menghasilkan peranti dengan stylus.



Rekaan Telefon Pintar Motorola Dengan Stylus Tertiris

Add a Comment

Your email address will not be published.