Rekaan Televisyen Pintar Nokia Tertiris


Selepas Xiaomi dan OnePlus, Nokia juga mempunyai perancangan untuk melancarkan telefon pintar dengan jenama mereka sendiri. Rekaan televisyen pertama ini telah tertiris ke arena web hari ini. Dari dua gambar ini dapat dilihat penggunaan sistem audio oleh JBL dan skrin dengan bingkai berbezel yang bersaiz nipis.

Pada awal bulan ini HMD Global menandatangani perjanjian dengan FlipKart untuk memasarkan televisyen pintar di India. Dengan acara khas dijadualkan pada 5 Disember ini, terdapat kemungkinan televisyen pintar pertama Nokia akan dilancarkan pada tarikh tersebut bersama dengan Nokia 8.2. Walaupun maklumat lengkap mengenai televisyen ini masih lagi belum diketahui, ia diramal menggunakan sistem operasi Android dengan sokongan resolusi sehingga 4K UHD.



Rekaan Televisyen Pintar Nokia Tertiris

Add a Comment

Your email address will not be published.