Remaja bunuh diri selepas kerap dibuli 2 rakannya, kerana enggan sertai geng rahsia


Seorang remaja berusia 17 tahun mengambil keputusan untuk membunuh diri pada 2 Mac lalu kerana tidak tahan dibuli oleh dua rakan sekelasnya. Mangsa dilaporkan terjun dari tingkat empat bangunan kedai di Kulai, Johor. 

Lapor China Press, upacara pengebumian mangsa, Jun, dilakukan di Johor yang juga dihadiri oleh rakan-rakannya.

Dua remaja yang membuli mangsa turut hadir bersama ibu bapa mereka dan memohon maaf kepada keluarga mnagsa. 

Ketika mereka berkumpul di keranda mendiang Jun, ibu mangsa bertanya kepada dua remaja itu, “Kalau anak kamu yang terjun, apa yang kamu nak buat? Anak saya tiada pilihan dan terus terjun.”

Bapa Jun berkata, dia maafkan dua remaja terbabit sekiranya mereka benar-benar menyesal. Tetapi lelaki itu nyaris hilang pertimbangan dan sempat ditenangkan oleh keluarganya. 

Sementara itu, saudara mara Jun mengelilingi dua pembuli itu dan menjerit serta menyalah ibu bapa yang tidak mendidik anak-anak dengan baik. Dalam situasi itu, ibu bapa pembuli tidak dapat berkata apa-apa. 

Ibu mangsa berkata, Jun sebelum itu tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda depresi dan dia tidak tahu anaknya dibuli di sekolah. Dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan oleh rakan sekelas anaknya. 

Difahamkan, Jun selalu mengadu kepada rakan-rakannya dalam group chat di mana kad tunai miliknya untuk digunakan di kafeteria selalu dicuri dan beg sekolahnya selalu dikotori dengan sos cili. Malah dia kerap dimarahi dengan kata-kata kesat oleh dua pembuli tu. 

“Anak saya mula membawa bekal ke sekolah. Saya pada mulanya tak faham dan menyangka mungkin dia mahu mengurangkan berat badan,” katanya. 

Salah seorang rakan sekelas Jun berkata, mangsa sebelum ini kerap dibuli kerana dia enggan menyertai geng rahsia mereka. 

“Jun beritahu saya pada hari kejadian bahawa itu merupakan kali terakhir saya bermain bola keranjang dengan dia. Tapi saya tak fikir apa-apa mencurigakan,” katanya. 



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.