Rivian Mempatenkan Mod Swapandu Untuk Menghantar Anak Ke Sekolah


Dengan kemampuan swapandu Tahap 5, kenderaan dapat berfungsi tanpa sebarang input dari manusia. Ia masih belum dicapai pada waktu ini tetapi apabila menjadi realiti kelak, pelbagai kemampuan menarik dapat dilakukan oleh kereta swapandu. Rivian, sebuah syarikat pengeluar kereta elektrik telah mempatenkan mod Guardian yang membolehkan kenderaan menghantar anak ke sekolah.

Paten menerangkan fungsi di mana pintu, tingkap, tali pinggang keselamatan dan sistem kereta tidak boleh digunakan oleh penumpang selagi kereta tidak tiba ke destinasi. Kenderaan akan memberikan notifikasi kepada ibu bapa tentang lokasi kenderaan atau sekiranya ia terlibat dalam kemalangan. Amaran akan turut diterima ibu bapa sekiranya anak cuba melakukan aksi yang dilarang, Mereka kemudian boleh memberikan arahan untuk membenarkannya dari jarak jauh.

Sistem kamera dalam kereta membolehkan penumpang dipantau seperti sistem kamera sistem tertutup. Hubungan audio dua hala juga boleh dilakukan untuk menenangkan penumpang. Di masa hadapan pengguna Rivian boleh menghantar anak ke sekolah tanpa perlu memandunya sendiri.



Rivian Mempatenkan Mod Swapandu Untuk Menghantar Anak Ke Sekolah

Add a Comment

Your email address will not be published.