Rolls Royce Menghasilkan Bakul Pinik Untuk Golongan Mewah
| |
Golongan kaya mempunyai akses kepada produk yang dari pandangan pengguna biasa adalah pembaziran melampau. Tetapi apabila harta duniawi tidak boleh dihabiskan dalam satu kehidupan yang fana, pembelian produk mewah membolehkan mereka hidup dengan lebih swag berbanding anda. Oleh itu jika anda mempunyai wang berlebihan, Rolls Royce menghasilkan bakul piknik lengkap dengan ruang simpanan champagne.
Set piknik ini mempunyai ruang untuk empat cawan minuman champagne yang disusun seperti enjin V12. Bahagian panel atas terbuka dan berubah menjadi meja dengan kemasan kayu Tudor Oak. Terdapat kemasan yang diperbuat daripada logam tahan karat dan panel diperbuat daripada bahan kulit.
Bekas untuk caviar dan canapes juga disertakan. Kemasan bakul piknik golongan 1% ini mempunyai kemasan yang setanding dengan yang ditemui di dalam kereta keluaran Roll Royce. Bagi yang berminat bakul piknik ini boleh dimiliki pada harga £37,000 (~RM 196,000) sebuah.
Source
Today, considering the fast way of life that everyone leads, credit cards have a huge demand in the economy. Persons throughout every area are using the credit card and people who are not using the card have arranged to apply for 1. Thanks for discussing your ideas on credit cards. https://psoriasismedi.com plaque psoriasis treatment