Ronaldinho Rayakan Ulang Tahun ke-40 dengan Pesta BBQ Di Penjara

Ronaldinho pasti tidak pernah membayangkan akan menyambut hari kelahirannya di penjara.

Tetapi demikianlah realiti sedih yang terpaksa ditempuhi oleh pemain legenda itu pada Sabtu.

Ronaldinho kini dipenjarakan di Asuncion, Paraguay atas kesalahan memiliki pasport palsu ketika memasuki negara tersebut.

Beliau telah ditahan selama dua minggu sehingga kini, dan menurut laporan bekas pemain Bacelona itu boleh terus dipenjarakan selama enam bulan lamanya.

Untuk menjadi individu bebas mungkin adalah impian Ronaldinho. Tetapi kehidupan beliau di penjara juga tidaklah seburuk yang disangka setakat ini.

Pada minggu lalu beliau mengambil bahagian di dalam perlawanan futsal.

Walaupun hanya beraksi di perlawanan akhir, Ronaldinho mempamerkan kehebatannya dengan menjaringkan 5 gol dan menghasilkan 6 assist untuk pasukannya menang 11-2.

Dan ketika menyambut hari kelahirannya semalam, Ronaldinho dihidangkan dengan daging barbecue.

Menurut akhbar Evening Standard, majlis barbecue tersebut dianjurkan oleh banduan di situ untuk memastikan legenda bola sepak itu sentiasa bersemangat dan gembira.

Menurut ESPN, Ronaldinho menjadi watak disenangi di kalangan banduan di Asuncion.

Bekas pemain antarbangsa Brazil itu turut berkongsi tips bermain futsal dan minum minuman beralkohol bersama-sama.

Seperti banduan lain, Ronaldinho turut belajar skil baharu ketika tempoh dua minggu di penjara. Ronaldinho turut mengikuti kursus asas pertukangan kayu – program yang sememangnya disediakan untuk banduan di situ.

 

Source link
Ronaldinho Rayakan Ulang Tahun ke-40 dengan Pesta BBQ Di Penjara

Add a Comment

Your email address will not be published.