Saksikan Aksi B. Satiananthan Sahut Cabaran Teh Tarik Bola Mamak

Ketua jurulatih Selangor, B. Satiananthan bukan nama yang asing di kancah saingan bola sepak tempatan.

Mula melibatkan diri di dalam bidang kejurulatihan sejak 1992, Satiananthan boleh dianggap sebagai seorang jurulatih yang amat berpengalaman.

Pengalaman

Antara pasukan Liga Malaysia yang pernah dikendalikan oleh jurulatih berusia 61 tahun ini adalah seperti Kelantan, ATM FA, dan juga Felda United.

Satiananthan turut pernah memainkan peranan sebagai pembantu jurulatih skuad olimpik negara di antara tahun 1997-1999 dan 2002-2004.

Pada 2006, Satiananthan diberikan tanggungjawab oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengendalikan skuad Bawah-23 yang muncul juara Pestabola Merdeka pada 2007.

Tanggungjawab tersebut diikuti dengan peranan sebagai Ketua Jurulatih pasukan senior kebangsaan pada 2007 sehingga 2009.

Bangkit bersama Red Giants

Selepas meninggalkan Felda United pada penghujung musim 2018, Satiananthan kemudiannya pantas disambar oleh Selangor untuk cabaran musim 2019.

Di bawah kendalian Satiananthan, Selangor kembali sebagai salah sebuah pasukan digeruni di kancah saingan domestik.

Selain daripada berjaya mara ke separuh akhir Piala Malaysia pada musim lalu, Selangor turut memperbaiki kedudukan mereka di saingan Liga Super di kedudukan ketiga pada musim lalu.

Kemesraan Satiananthan

Keperibadian jurulatih B. Satiananthan yang suka berterus terang dan tidak bersembunyi dalam berkatata menyebabkan beliau menjadi antara jurulatih yang disenangi dan mesra dengan wartawan.

Sikapnya yang bersahaja di dalam tegas berjaya menambat hati media tempatan.

Mesra media…bukan mesra penyokong

Posted by Setia Bersamamu Gergasi Merah on Friday, 15 November 2019

Beliau merupakan jurulatih yang tidak lokek menampilkan kemesraan dengan wartawan dalam sidang media dan temu ramah walaupun sedang sibuk di pusat latihan.

Maka tidak hairanlah, B. Sathianathan berjaya memenangi Anugerah Mesra Media di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan pada musim lalu.

Cabaran Bola Mamak

Kemesraan oleh Satiananthan turut dibuktikan apabila beliau dengan ‘sportting’ menyambut cabaran oleh Astro Arena melalui rancangan Bola Mamak.

Melalui cabaran tersebut, Satiananthan diminta untuk memperagakan aksi menarik teh – atau menyediakan teh tarik.

Tidak teragak-agak, Satiananthan pantas menggayakan pelbagai teknik penyediaan minuman kegemaran rakyat Malaysia itu.

Saksikan skill yang ditampilkan oleh Satiananthan dalam penyediaan teh tarik seperti di dalam klip yang diterbitkan oleh Astro Arena ini.

Buat Coach Satiananthan, kami tabik!!!

Source link
Saksikan Aksi B. Satiananthan Sahut Cabaran Teh Tarik Bola Mamak

Add a Comment

Your email address will not be published.