Saksikan Lencongan Rendah Tenang Son Heung-Min Beri Spurs Kemenangan Dramatik

Son Heung-Min menghasilkan tujuh percubaan daripada 23 keseluruhan untuk Tottenham Hotspur sepanjang perlawanan menentang Aston Villa.

Tetapi pemain antarabangsa Korea Selatan ini memilih detik terakhir setiap babak untuk muncul sebagai penjaring.

Gol pertama dihasilkan ketika perlawanan memasuki dua minit masa kecederaan babak pertama untuk memberikan Spurs pendahulan dalam perlawanan ini.

Manakala jaringan kedua peribadi Son Heung-Min pula hadir ketika perlawanan memasuki minit ke-4 masa kecederaan babak kedua, sekali gus memberikan kemenangan bermakna yang melonjak Spurs ke tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL).

Penuh debaran dan aksi

Perlawanan di antara kedua dua pasukan penuh dengan debaran dan juga aksi.

Tottenham Hotspur berjaya mencatatkan kemenangan dramatis berhadapan dengan Aston Villa di Villa Park dengan skor 3-2.

Aston Villa selaku tuan rumah berjaya mencetak gol awal pada minit kesembilan selepas Toby Alderweireld tertampan bola ke gawang sendiri.

Alderweireld cuba menahan hantaran Anwar El Ghazi. Tetapi malangnya beliau tertampan bola ke gawang sendiri.

Namun, pada minit ke-27, Alderweireld menebus kesilapan beliau dengan rembatan deras yang menewaskan Pepe Reina untuk jaringan penyamaan Spurs dalam perlawanan ini.

Spurs kemudian diberikan sepakan penalti oleh pengadil, namun Son Heung Min awalnya gagal menyempurnakan penalti tersebut.

Tetapi tindakan pantas Son melakukan tindakan susulan memastikan Spurs 2-1 di hadapan.

Aston Villa tidak berdiam diri kemudiannya terus memberikan tentangan yang sengit ke atas Spurs. Mereka mencipta beberapa siri gerakan bahaya terutama sekali menerusi serangan balas pantas.

Bjorn Engels akhirnya berjaya menyamakan kedudukan untuk tuan rumah pada minit ke-53.

Reina sukarkan Spurs

Perlawanan kemudian nampak menjadi semakin seimbang dan lebih terbuka. Kedua dua pasukan saling berbalas serangan.

Spurs ternyata buntu untuk menembusi Pepe Reina. Bekas penjaga gol Liverpool itu menafikan percubaan satu lawan satu berhadapan Dele Alli.

Ia disusuli aksi Reina menyelamat rembatan bahaya Son Heung Min.

Setelah kedudukan kembali imbang, Tottenham terus berusaha menggempur pertahanan Aston Villa. Namun Pepe Reina tampil solid menggagalkan peluang-peluang Tottenham.

Reina kemudian menafikan rembatan deras Giovani Lo Celso. Aston Villa agak sukar untuk menyerang Spurs kerana pasukan Jose Mourinho itu sangat dominan pada akhir babak.

Son muncul wira

Reina akhirnya ditewaskan juga. Ianya berpunca daripada kesilapan pertahan Aston Villa yang terlepas bola di garisan akhir pertahanan.

Son Heung Min meluru dan berjaya melarikan bola ke hadapan untuk menewaskan Pepe Reina dengan satu lencongan rendah.

Gol itu adalah gol kemenangan untuk Spurs sekali gus memberika tiga mata yang amat diperlukan oleh skuad Jose Mourinho memburu slot ke Champions League pada musim hadapan.

Kemenangan ini meletakkan Spurs hanya dibezakan satu mata di belakang Chelsea yang menduduki tangga keempat.. Spurs kini berada di tempat kelima.

 

Source link
Saksikan Lencongan Rendah Tenang Son Heung-Min Beri Spurs Kemenangan Dramatik

Add a Comment

Your email address will not be published.