Samsung Galaxy A11 Diperlihatkan Secara Rasmi – Dilengkapi Lensa Ultra Lebar


Samsung Galaxy A11 telah diumumkan semalam selepas ia disenaraikan di laman Samsung. Peranti kelas permulaan ini menggantikan Galaxy A10 yang dilancarkan pada Februari tahun lalu. Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skirn 6.4″ TFT LCD HD+, dijana cip lapan teras, memori sehingga 3GB RAM, storan sebesar 32GB dan bateri sebesar 4000 mAh.

Galaxy A11 dilengkapi tri-kamera utama 13+5+2 Megapixel. Ini adalah peningkatan dari hanya satu kamera pada A10. Lensa sudut lebar, sudut ultra lebar dan pengesan kedalaman digunakan walaupun A11 ialah peranti kelas permulaan. Kamera swafoto pula adalah sebesar 8-Megapixel yang diletakkan pada sebuah lubang kamera.

Seperkara lagi yang kami rasakan menarik ialah peranti menyokong pengecasan pantas 15W tetapi jenis USB tidak pula dapat dilihat dari foto yang dikongsi. Sebuah bicu audio 3.5mm diletakkan pada bahagian atas dan pengimbas cap jari pada panel belakang. Maklumat mengenai harga masih belum diketahui pada waktu ini.



Samsung Galaxy A11 Diperlihatkan Secara Rasmi – Dilengkapi Lensa Ultra Lebar

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *