Samsung Galaxy Buds+ Berharga RM599 Di Malaysia


Bersama-sama perkongsian harga jualan untuk Samsung Galaxy S20, pihak Maxis juga kini telah memaparkan harga jualan untuk fon telinga nirwayar terbaru Samsung, iaitu Galaxy Buds+.

Samsung Galaxy Buds+ hadir dengan sokongan bateri bertahan sehingga 11 jam lamanya, menyokong peranti Android dan iOS, selain pod pengecasan yang menawarkan tempoh operasi sehingga 22 jam.

Ia turut menyertakan tiga mikrofon secara terbina, selain sokongan kalis IPX2. Integrasi Spotify turut disertakan melalui fon telinga ini.

Di Malaysia, Samsung Galaxy Buds+ ini dijangka ditawarkan pada harga RM599.



Samsung Galaxy Buds+ Berharga RM599 Di Malaysia

Add a Comment

Your email address will not be published.