Samsung Galaxy S20 Edisi Iron Man Ditawarkan Di China


Filem trilogi The Avengers berakhir dengan tewasnya pasukan Thanos tetapi dengan barisan adiwira kehilangan Iron Man. Walaupun sudah setahun berlalu, watak Iron Man masih lagi antara yang paling popular di kalangan peminat. Oleh itu tidaklah mengejutkan Samsung Galaxy S20 edisi Iron Man telah ditawarkan di China.

Samsung Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra di China ini dilengkapi kerangka rekaan khas, fon telinga, cincin Arc Reactor dan kotak khas. Tidak berakhir di situ, peranti juga hadir dengan tema khas Iron Man. Di China Samsung Galaxy S20 edisi Iron Man ditawarkan pada harga bermula RMB6999  (~RM4344) sebuah menerusi laman JD.com.



Samsung Galaxy S20 Edisi Iron Man Ditawarkan Di China

Add a Comment

Your email address will not be published.