Samsung Mula Menguji One UI 2.0 Android 10 Untuk Galaxy A6, A6+, & A7 (2018)


Samsung Galaxy A6 dan A6+ (2018) dilancarkan di Malaysia pada bulan Mei dua tahun lepas. Ia adalah peranti kelas pertengahan dengan skrin Super AMOLED dan dijual pada harga mampu milik.

Terkini menurut Sammobile, Samsung mula menguji kemaskini One UI 2.0 berasaskan Android 10 untuk kedua-dua peranti ini. Bersama-sama dengan Galaxy A6 dan A6+, Samsung juga dikatakan sedang menguji kemaskini yang sama untuk Galaxy A7 (2018). Jika merujuk jadual kemaskini Google, Galaxy A6 dan A7 akan menerima kemaskini ini pada April 2020. Manakala Galaxy A6+ dianggarkan antara April sehingga Jun. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.



Samsung Mula Menguji One UI 2.0 Android 10 Untuk Galaxy A6, A6+, & A7 (2018)

Add a Comment

Your email address will not be published.