Samsung NEON Ialah Bot Perbualan Yang Menggunakan Avatar Video Manusia


Semasa projek NEON diacah seminggu yang lalu, projek di bawah kelolaan Samsung STAR Labs memberikan petanda ia mungkin akan menghasilkan manusia maya dengan kecerdasan buatan. Tetapi nampaknya sangkaan adalah meleset selepas NEON hanya sebuah projek bot perbualan (chatbot) yang menggunakan video manusia sebenar sebagai avatar.

Ia bukan sebuah pembantu maya dengan kecerdasan buatan tetapi menurut pembangun NEON mempunyai kemampuan mengingati kesemua perbualan yang dilakukan. NEON menawarkan pelbagai avatar manusia pelbagai jantina serta kaum untuk kegunaan sebagai pegawai khidmat pelanggan, jurulatih kesihatan, penyambut tetamu atau pembaca berita.

Menurut Stars Lab, dengan menggunakan teknologi CORE R3 (Reality, Realtime and Responsive), NEON dapat berinteraksi secara realistik sehingga sukar dibezakan dengan manusia sebenar. Sungguhpun teknologi ini sudah diperlihatkan di CES, ia akan hanya dilancarkan pada penghujung 2020 ini.



Samsung NEON Ialah Bot Perbualan Yang Menggunakan Avatar Video Manusia

Add a Comment

Your email address will not be published.