“Saya Mula Tidak Keruan, Terpancar Jelas Wajah Ustaz Farhan” – Erin

Selepas lama mendiamkan diri, isteri kepada Da’i Farhan akhirnya tampil mendedahkan perkara sebenar mengapa dia sanggup berkahwin dengan Farhan walaupun dia tahu yang dia kahwin itu suami orang.

BACA : “Ditolak, Dicakar dan Ditampar” – Bekas Isteri Dedah Perangai Sebenar Da’i Farhan

Menurut Dr Noorainul Naqim Mohd Radzi atau Erin, pertemuannya dengan Farhan ketika menunaikan ibadah umrah baru-baru ini ada sebab yang sudah ditetapkan Allah SWT.

“Saya mula tidak keruan selepas perjalanan menuju ke Makkah dan ketika tidur sering mimpi rindukan seseorang. Apabila saya melakukan solat dan berdoa minta petunjuk Allah, terpancar jelas wajah ustaz Farhan,

Saya yakin ada sebab mengapa Allah pertemukan saya dengan Farhan sedangkan ketika pergi ke sana saya bersama calon suami lain dan apabila pulang saya bersama suami lain pula,” – Erin.

Wanita berusia 40 tahun itu juga mengakui tidak pernah terlintas di fikirannya untuk berkahwin dengan suami orang apatah lagi isteri lelaki berkenaan sedang hamil, tetapi apakan daya sudah jodoh katanya, memetik Harian Metro.

“Ketika Farhan hendak melamar saya memang rasa tidak percaya kerana kami belum mengenali diri masing-masing sepenuhnya, malah selepas tiga hari di Makkah baru dia tahu saya janda anak lapan dan sudah pernah berkahwin sebanyak dua kali.

“Saya berani menerima lamaran Farhan kerana katanya Fatin memberi kebenaran dia berkahwin dua. Namun, selepas lama berdiam diri saya lihat seperti ada komplot untuk membuka aib Farhan.

“Sebagai isteri semestinya saya akan menentang dan mempertahankan maruah suami dan kerana itulah saya mula bersuara serta kembali aktif di laman sosial,” – Erin.

Bagaimanapun, Erin juga bersyukur kerana lapan anaknya menerima baik kehadiran Farhan dalam keluarga mereka dan sangat menyokong perkahwinan dia dengan Farhan.

Carian Anda :

Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.