Selepas Alisson Di Liverpool, Giliran Mignolet Assist Lawan Manchester United

Simon Mignolet mungkin tidak diingati seperti penjaga gol hebat lain di Liverpool.

Pepe Riena, Jerzy Dudek, David James, dan kini Alisson Becker adalah antara penjaga gol hebat yang sentiasa berada di sanubari penyokong setia The Kops.

Dari segi pencapaian, Alisson mungkin dianggap yang paling hebat jika statistik perbandingan dilakukan di kalangan penjaga gol yang pernah menyarung jersi No.1 The Reds.

Mignelet pula sebaliknya. Walaupun pernah dilihat sebagai penjaga gol No.1 di Anfield, kesilapan-kesilapan mudah yang pernah dilakukannya lebih diingati.

Selepas gagal menjamin tempat di dalam kesebelasan utama, Mignolet kemudiannya membawa diri ke Club Brugge pada 2019.

Pada awal pagi tadi, menentang bekas seterunya di Liga Inggeris – Manchester United – Mignolet telah menghasilkan satu bantuan gol pada separuh masa pertama perlawanan.

Kebetulan atau tidak, hanya beberapa minggu yang lalu, Alisson turut menghasilkan satu assist ketika menentang Manchester United.

Hantaran pantas Alisson pada ketika itu berjaya disudahkan oleh Mohamed Salah.

Namun ini tidak bermakna Mignolet tidak berkemampuan melakukan apa yang penjaga gol lain – terutamanya Alisson – lakukan.

Dalam perlawanan Liga Europa pada awal pagi tadi, tindakan pantas Mignolet menghantar bola ke hadapan untuk serangan balas telah memerangkap Manchester United.

Bola tersebut kemudiannya dikejar oleh Emmanuel Dennis yang berjaya melambungkan bola mengatasi Sergio Romero untuk pendahulan awal.

Perlawanan tersebut bagaimanapun berakhir dengan jaringan 1-1. Kedua-dua pasukan akan bertemu kembali di Old Trafford selepas ini.

Dan Mignolet akan kembali ke stadium yang beliau sudah amat biasa.

 

Source link
Selepas Alisson Di Liverpool, Giliran Mignolet Assist Lawan Manchester United

Add a Comment

Your email address will not be published.