Semak Baki KWSP Online (i-Akaun)


Semak Baki KWSP Online (i-Akaun), apa caranya? Boleh ke Semak Baki KWSP (i-Akaun) secara online?

Lebih Info kali ini bawakan anda Semak Baki KWSP Online (i-Akaun). Panduan iniuntuk membantu anda membuat semakan Penyara Baki KWSP secara mudah dan menjimatkan masa.

Semak Baki KWSP Online (i-Akaun)

 

Bagaimana cara untuk anda menyemak penyata akaun KSWP menggunakan i-Akaun bagi tujuan pengeluaran dan juga semakan baki terkini?

Baca dan Semak Baki KWSP Online (i-Akaun)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang terbesar di dunia.

KWSP ditubuhkan pada 1951 dengan misi utamanya untuk membantu tenaga kerja Malaysia menabung untuk persaraan mereka selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.

I-Akaun KWSP

Anda ingat, nak check baki Pinjaman Kenderaan Guna Maybank2u je boleh? KWSP pun boleh!

Sebagai pencarum KWSP, anda tentu sedia maklum tentang penggunaan sistem i-Akaun yang diguna pakai secara meluas sekarang ini sama ada untuk pekerja mahu pun majikan.

Mudahnya i-Akaun, ia membolehkan pencarum menyemak baki KWSP terkini Akaun 1 & 2.

Selain itu, melalui sistem semakan penyata KWSP tersebut juga, pencarum boleh memohon pengeluaran KWSP melalui e-Pengeluaran.

Senang, kan?

Pendaftaran I-Akaun KWSP

Mana-mana pencarum yang mempunyai nombor KWSP layak mendaftar sistem i-Akaun.

Untuk mendaftar, pencarum boleh ke mana-mana kios KWSP untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.

Perkhidmatan Melalui I-Akaun KWSP

Sekarang ni anda nak semak apa pun boleh melalui akaun online, anda hanya perlu daftar dan tak kira lah di mana pun anda berada, menggunakan telefon ataupun komputer urusan anda boleh diselesaikan.

Antara perkhidmatan yang disediakan melalui i-Akaun termasuklah:

  1. Memohon e-Pengeluaran
  2. Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  3. Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  4. Menyemak maklumat penamaan
  5. Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  6. Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  7. Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  8. Menyemak log aktiviti i-Akaun

Semak Penyata KWSP (i-Akaun) Pengeluaran & Baki Terkini

Berikut kami sertakan segala informasi berkaitan semakan penyata KWSP secara online melalui i-Akaun.

Langkah-Langkah Aktifkan i-Akaun

  • Langkah 1:Layari laman web KWSP. Klik SINI.
  • Langkah 2: masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang diterima untuk mengaktifkan i-Akaun anda dalam tempoh 30 hari selepas pendaftaran.
  • Langkah 3: Isikan ID pengguna dan kata laluan sementara yang diterima. Klik Login.
  • Langkah 4:Selepas berjaya login, sila cipta kata laluan dan pilih imej online.
  • Langkah 5:Kemudian jangan lupa untuk pilih Frasa Rahsia.

Langkah-Langkah Semak Penyata KWSP (i-Akaun)

Selepas akaun diaktifkan, anda boleh login ke sistem i-Akaun untuk membuat semakan penyata KWSP online.

Untuk semak penyata KWSP:

  • Langkah 1: Login semula ke sistem i-Akaun
  • Langkah 2: Klik pada “Penyata Tahunan Semasa / Tahun Sebelumnya“

Anda nak simpan penyata tu?

Anda boleh pilih untuk cetak penyata tersebut sebagai rujukan.

Tahukah anda, i-Akaun juga ada perkhidmatan lain!

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh membuat pelaburan dalam dana unit amanah ditawarkan dalam talian i-Invest melalui i-Akaun (Ahli).

Pelaburan boleh dilakukan secara terus menggunakan sebahagian daripada jumlah simpanan yang layak dipindahkan dari Akaun 1 dan akan dikenakan caj jualan serendah sifar hingga 0.5 peratus untuk setiap transaksi.

i-Invest berfungsi membantu ahli dalam mendapatkan maklumat dan membuat perbandingan antara dana unit amanah, seterusnya membantu ahli memilih dana yang sesuai dengan sasaran pelaburan mereka.

Bukan nak semak baki je, melabur pun boleh. 

Tips Keselamatan Maklumat Login (i-Akaun)

Ingat, jangan dedahkan ID Pengguna dan kata laluan kepada sesiapa. Ini maklumat sulit.

  • Jangan berikan ID Pengguna dan kata laluan anda melalui emel atau telefon
  • Tukar kata laluan secara berkala
  • Jangan gunakan fungsi “Remember Password” kalau anda mengakses dari komputer bukan milik anda kerana penggodam boleh recover dengan mudah password anda!
  • Keluar atau ‘Log Out’ dari https://secure.kwsp.gov.my sebaik sahaja anda menyelesaikan aktiviti di i-Akaun

Kesimpulan Semak Baki KWSP Online (i-Akaun)

Dengan adanya i-Akaun, pencarum tidak lagi perlu ke Pejabat-pejabat KWSP hanya untuk membuat semakan penyata. Tak payah susah-susah hadap jem, bayar tol, bayar parking kereta semata-mata untuk benda remeh. Terkini, anda boleh je Semak Baki KWSP Online (i-Akaun). Menyenangkan bukan? Jimat kos, jimat masa dan jimat ruang.

Artikel Semak Baki KWSP Online (i-Akaun)yang kami sertakan dalam entri bolehlah digunakan sebagai petunjuk untuk membuat semakan secara online.

Lebih Info mengucapkan selamat maju jaya dan selamat menyemak!



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.