Semak Baki PTPTN Online Dengan Mudah


Semakan Baki PTPTN Secara Online

  1. Layari Laman Web PTPTN.
  2. Klik Ikon Penyata Pinjaman
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda
  4. Tekan Semak

Mudah gila kan?

klik SINI ke Portal PTPTN.

Permohonan Penyata Kali Pertama

Bagi pengguna kali pertama, anda perlu menghubungi PTPTN bagi mendapatkan kata laluan.

Senang je, kan?

Kesan Tidak Bayar Balik Pinjaman PTPTN

PTPTN dilihat sebagai satu lifeline atau harapan untuk mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan sumber kewangan untuk menyara kos pembelajaran di peringkat pengajian tinggi.

Jadi, kalau tak bayar..

Macam mana pelajar lain nak pinjam duit PTPTN. Jangan nafikan hak mereka untuk kecapi apa yang anda dah nikmati hasil pinjaman PTPTN.

Selain itu, bukan sahaja selfish, tapi banyak lagi kesan kalau anda culas membayar.

Rekod Buruk CCRIS

Anda boleh disenarai hitam di laporan CCRIS.

Senaraihitam.. atau nama glamornya, blacklist.

Kualiti laporan kredit anda akan terjejas.

Jadi, susah anda nak mohon pinjaman dari bank.

Ini kerana melalui laporan CCRIS pihak bank tahu anda mempunyai corak pembayaran pinjaman yang tidak konsisten.

Dihalang Ke Luar Negara

Penerima pinjaman akan disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) jika tidak membuat bayaran balik atau mempunyai tunggakan. Anda bakal dihalang daripada ke luar negara, tidak boleh memperbaharui pasport atau memohon passport baru.

Konon-konon, nak pergi Korea. Tiket Flight Murah dah beli. Tempah Hotel Murah pun sudah.

Last-last sangkut dekat Imigresen ;P

Didakwa Di Mahkamah 

Sehingga tahun 2016, terdapat 115,279 peminjam PTPTN yang telah didakwa di mahkamah dengan jumlah pinjaman terunggak sebanyak RM9.8juta.

Hehe, anda nak masuk statistik? Silakan..

Pertanyaan Lanjut

Ha, anda ada benda nak tanya, jangan risau kami siap kasi cara nak hubungi lagi.

Untuk apa-apa maklumat, anda boleh hubungi nombor talian di bawah.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D
Megan Avenue II, No. 12, Jalan Yap Kwang Seng,
50450 Kuala Lumpur
Careline: 03 – 2193 3000
Faks: 03 – 2193 1263

Kesimpulan Semak Baki PTPTN Online Dengan Mudah

Maklumat di atas merupakan maklumat rasmi yang dapat kami kongsikan kepada anda tentang Semak Baki PTPTN Online Dengan Mudah. Diharapkan perkongsian ini dapat memudahkan segala urusan anda.

Artikel Semak Baki PTPTN Online Dengan Mudah yang kami sertakan dalam entri bolehlah digunakan sebagai petunjuk untuk anda membayar balik pinjaman anda. Janganlah jadi orang yang pentingkan diri.

Lebih Info mengucapkan selamat maju jaya.



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.